Dengarlah

Tuesday 8 January 2013

Talam Cendol

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Sedap gak kuih ni.. tp bg akak.. Talam Permata Keledek @ Talam Permata Keladi lg sedapp..

Resepi akak amik dr Kak Yatie @yatiememories.blogspot.com. Kalau nk tgk pelbagai variasi kuih talam, bleh la g dapur Kak Yatie ye..

Resepi : Talam Cendol
Sumber : http://www.yatiememories.blogspot.com/

Bahan2 
Lapisan Atas & Bawah
Bahan A
200gm gula merah
100gm gula melaka
500ml air
2 helai daun pandan 
- masak hgga gula larut sepenuhnya. Sejukkan & pastu tapiskn

Bahan B
1 tbsp tepung jagung
150gm tepung gandum
3 biji telur
250ml santan pekat
1/2 tsp garam

1. Satukan & kacau sebati 


2. Masukkan adunan A dlam adunan B. Kacau sebati & tapiskan

3. Bahagi 2 ( tuk lapisan atas & bawah)

Lapisan Tengah   
200gm tepung beras
250gm santan pekat
450ml air
1 tbsp tepung jagung
1/2 cwn gula pasir kasar
1 tsp garam
200gm cendol yg telah ditoskan
- satukan semua bahan kecuali cendol. Kacau sebati & tapiskan
- masukkn cendol & kacau sebati

Cara Melapis     
1. Tuang 1 bahagian adunan Lapisan Atas & Bawah ke dalam loyang yg telah dialas ngn plastik & disapukan dgn sedikit minyak Kukus hgga masak dlm 15 minit

2. Cakar2kan permukaan kuih & tuang plak adunan Lapisan Tengah. Kukus lg 15 minit

3. Tuang lg baki adunan Lapisan Atas & Bawah. Kukus selama 20 minit

Seperti biasa, jika permukaan kuih berair, kena sengetkan loyang & buang air tu ngn sudu dengan berhati-hati. Pastu kukus kuih ngn penutup kukusan dibuka hgga permukaan kuih kering. 



Apabila permukaan kuih dh kering, baru la lapisan seterusnya boleh dimasukkan

* Masa mengukus x semestinya ikut dlm resepi ye..  
 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...