Dengarlah

Showing posts with label Mousse Cake. Show all posts
Showing posts with label Mousse Cake. Show all posts

Monday, 18 March 2013

Chocolate Cheese Mousse Cake

Assalamualaikum & salam sejahtera

Resepi : Chocolate Cheese Mousse Cake
Sumber : Internet & buku 200 Bakery Treats yg telah akak olah ikut citarasa sndri

Bahan2
Sediakan sebiji Kek Kapas Coklat @ Chocolate Cotton Cake. Resepi dia ada dlm blog ni gak. Selalunya akak akan buat kek 1 hari lebih awal sebelum buat mousse dia


350gm non-dairy whipping cream yg dipukul kental  & bahagikan kepada 2 bahagian. Masukkan dlm fridge sementara menyediakan adunan seterusnya


Cheese Mousse
120gm cream cheese
50gm coklat putih (white choc) - potong kecil-kecil
50ml susu segar - akak guna susu tepung bancuh ngn air
1/2 biji jus lemon
1 tbsp gelatin taburkn dlm 1/4 cwn air

Cara2
1. Double-boilkan gelatin yg telah d taburkn dlm air td hgga gelatin larut sepenuhnya; ketepikan jap. 
 

2. Panaskan susu hgga berbuih sedikit. Tutup api & masukkn coklat putih & kacau hgga coklat cair sepenuhnya. Ketepikan jap
panaskan susu 

masukkan coklat putih

kacau hgga coklat larut sepenuhnya

3. Pukul cream cheese hgga lembut. Masukkan adunan dr Langkah 2 & pukul sebati. Masukkn gelatin dr Langkah 1 & sebatikan. Masukkn jus lemon & pukul sebati
Pukul cream cheese hgga lembut & gebu

masukkn coklat putih cair

Masukkn gelatin & pukul sebati

4. Ambil 1/2 drpd non-dairy whipping cream @ fresh cream yg telah dipukul td & masukkn ke dalam adunan cream cheese. Pukul dgn kelajuan perlahan hgga sebati. Siap pn adunan cheese mousse. Ketepikan sebentar 
Adunan cream cheese + adunan coklat putih cair + fresh cream

Pukul sebati dgn kelajuan perlahan

Adunan cheese mousse yg dh siap
 

Chocolate Mousse
1 tbsp gelatin taburkn dlm 1/4 cwn air
1 cwn susu segar
1 tbsp susu pekat
1/3 cwn serbuk koko
50gm dark chocolate - potong kecil-kecil

Cara2
1. Double-boilkan gelatin yg dh ditabur dlm air td. Pastikan gelatin larut sepenuhnya. 

2. Dlm periuk lain, panaskan susu segar & susu pekat. Biar hgga nampak berbuih. Tutup api & masukkan dark chocolate & serbuk koko. Kacau sebati hgga coklat cair. Jika ada serbuk koko yg x larut xpe. Nnt bleh tapiskan
panaskan susu

Masukkn dark chocolate

Masukkan serbuk koko

serbuk koko yg x larut sepenuhnya perlu ditapiskan

tapiskan adunan coklat & kacau guna sudu masa tapiskan tu

3. Masukkn gelatin dr Langkah 1 dalam mangkuk adunan coklat. Kacau sebati & biar sejuk pada suhu bilik

4. Masukkn adunan coklat td ke dalam mangkuk baki fresh cream. Pukul sebati dengan kelajuan perlahan. Nak kacau guna spatula pn bleh

Chocolate Mousse 

Cara  Melapis - ni bleh ikut suka nk letak yg mana dulu
1. Belah kek kepada 3 bahagian (tp akak cuma guna 2 bahagian, 1 bahagian lg akak makan camtu je)

2. Letakkan 1 lapisan@bahagian kek pd dasar loyang spring form. Akak guna loyang yg mmg xde dasar dia. Letakkn loyang tu atas cake board pastu letakkan kek atas cake board td
Ni la ring 8" (loyang) yg akak guna

3. Tuang adunan cheese mousse & ratakan

4. Tuang plak adunan chocolate mousse & ratakan  

5. Masukkn lapisan kek kedua & ulang Langkah 3 & 4 td.


6. Masukkn kek dlm fridge & biar hgga mousse dia agak keras. Akak simpan dlm fridge semalaman. Esoknya baru akak keluarkan dr loyang & hidangkan
Chocolate Cheese Mousse Cake

Klau nk tuang chocolate ganache pn boleh. Tuang ganache selepas kek dikeluarkan dr loyang. Tp bg akak makan tanpa chocolate ganache lg sedap sbb akak x suka manis sgt..   
   


Kek ni sedap tau... akak rekomen sangat2 tuk try
       


Monday, 21 January 2013

Strawberry Mousse Cake

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Resepi : Strawberry Mousse Cake
Sumber : Nuri

Bahan2
Sediakan sebiji Strawberry Cotton Cake. Resepi ada dlm blog ni.. rajin2 la search ye. Klau xnk, bleh je guna kek span strawberi. Belah kek kepada 2 @ 3 bahagian

Strawberry Mousse
1 tbsp gelatin 
1/4 cwn air
- taburkan gelatin dlm air & biar seketika
50gm coklat berperisa strawberi + 1 tbsp susu segar
1/3 cwn susu segar 
1 cwn non-dairy whipping cream @ fc
 - pukul hgga kaku & kental. Masukkn dlm fridge sehingga sedia untuk diguna
3 tbsp sirap strawberi
2 tbsp filling strawberi 
sedikit pewarna pink 
Akak guna sirap strawberi cam pic atas ni la
 pic dr google ye.. malas nk amik pic ni.. hehehe..
Cara2
1. Double boilkan gelatin & kacau hgga gelatin larut sepenuhnya. Angkat & biar hingga sejuk

2. Double boilkan coklat strawberi  + susu segar hgga coklat strawberi mula cair. Klau coklat tu jenis sensetif, apabila coklat dh mula cair, terus angkat keluar drpd periuk air panas tu & kacau hgga coklat cair sepenuhnya..  

3. Masukkn terus susu segar, pewarna pink, sirap strawberi & filling strawberi ke dlam adunan coklat td. Kacau sebati

4. Masukkn pula gelatin yg telah dicairkan. Kacau sebati.
Gelatin pd masa ni dh sejuk dh. Gelatin xkn beku sepanjang proses membuat mousse ni kecuali jika gelatin tersebut mmg x cair sepenuhnya semasa proses melarutkan gelatin secara double-boil

tuangkan gelatin.. gelatin kena larut camni ye

5. Ambil 1/3 adunan fc dr dlm fridge td & masukkn dlm adunan coklat strawberi. Kacau hgga sebati. 


6. Masukkan adunan coklat strawberi yg dh sebati td ke dalam baki fc. Pukul ngn kelajuan perlahan hgga sebati
Masukkn adunan coklat ke dlam baki fc

Pukul sebati dgn kelajuan perlahan
 
Adunan strawberry mousse yg dh siap

7. Ambil sekeping kek & masukkn ke dlam loyang spring form yg lbh besar saiznya drpd kek td. Pastu masukkn strawberry mousse. Letakkn kek lg & pastu strawberry mousse. Hentak-hentakkan loyang. Pastu masukkn dlm fridge sekurang2nya 4 jam kot. Akak buat semalaman..

Apabila mousse dh "keras".. bleh la keluarkan kek dgn melonggarkan loyang tu. Buat berhati-hati ye
Dh jd Strawberry Mousse Cake

Skrg kita buat Coklat Ganache dia plak...

Bahan Coklat Ganache
1/2 cwn non-dairy whipping cream tp lbh baik guna heavy cream/double cream/dairy@UHT whipping cream tuk kurangkn rasa manis.. tpppp heavy cream & sewaktu dgnnya lbh mahal la

1/4 cwn susu segar - bleh je guna susu tepung + air
230gm dark choc - sya guna choc coating brand tulip

Cara2
1. Masukkn susu segar & heavy cream dlm periuk yg agak tebal. Klau xde guna je periuk biasa..Panaskan campuran ni hgga timbul buih2 kecil d tepi2 campuran susu td. Gunakan api perlahan

2. Tutup api & masukkn dark choc yg telah dipotong nipis @ kecil2. Kacau sebati hgga coklat cair sepenuhnya. Biar sejuk & pekat sedikit baru tuang atas kek

Ni cara akak nk tuang coklat ganache atas kek

Pastu biar coklat ganache ni keras atas kek.. nk cepat masukkn je dlm frige. Apabila dh keras, bleh la hias sesuka hati










ni la rupa kt dalam dia..
sedappp....

Saturday, 8 December 2012

Tiramisu Mousse Cake

Assalamualaikum & salam sejahtera...

  
Atas tu akak ayakkn milo + sedikit serbuk koko

Dh 3x buat Tiramisu Mousse Cake ni.. sbbnya sedappp... Senang sgt nk buat tiramisu cara sya ni. Cuma kena sediakn kek span @ kek kapas la. Klau malas, beli je la kek span yg ada jual kt pasaraya tu.. xpn, try buat ngn biskut marie. Bleh gak tu.

Resepi : Tiramisu Mousse Cake
Sumber : resepi olahan sendiri

Bahan2
Lapisan Cheese
200gm cream cheese - pd suhu bilik
2 tbsp susu pekat
1 tbsp jus lemon
2 tbsp susu segar
4 tbsp non-dairy whipping cream - bleh je skip tp tambahkn sukatan susu segar & susu pekat

* fungsi susu segar
adalah tuk mencairkan adunan cream cheese supaya mudah nk diratakan di atas permukaan kek



Cara2
1. Pukul cream cheese, susu pekat, susu segar & non-dairy whipping cream (fc) hgga sebati & berkrim

2. Masukkn jus lemon & pukul sebati. Ketepikan jap


Sirap Kopi

Akak guna kopi O pekat yg tak berapa manis

Chocolate Mousse

Resepi Chocolate Mousse bleh tgk kt SINI

Tuk kek, bleh gunakan Kek Kapas @ Kek Span


Cara Melapis
Cara nk melapis kek sbnrnya terpulang pd kreativiti masing2. nk buh kek dlu & mousse dlu pn bleh. Ikut suka.1. Masukkn adunan mousse ke dalam bekas.

2. Letakkan kek & siramkan kek ngn sirap kopi

3. Buh adunan cheese & hias la ikut suka hati.. sejukkn (semalaman lg best)



Ni plak Banana Choc Mousse.. yg ni guna kek coklat moist

Saturday, 1 December 2012

Chocolate Mousse Cake

Assalamualaikum & salam sejahtera..



Ari tu kn ada bgtau nk buat sesuatu Chocolate Mousse Cake menggunakan Chocolate Cotton Cake.. ha.. ni la projek dia.. Chocolate Mousse Cake. Hati tu sbnrnya dh lama sgt nk try buat kek2 mousse ni tp kdg2 rasa takut klau x jd.  

Alhamdulillah, percubaan pertama menjadi ngn jayanya (bg akak la). Mula2 tu, bila tgk adunan mousse tu cair je, hati terdetik, cam x jd je. Sbnrnya kn.. senang gak nk buat coklat mousse ni..


Yang bestnya.. choc mousse ni x guna telur. Kebanyakan resepi mousse ni guna telur... google2 akhirnya terjumpa ngn resepi yg mudah ni..

Resepi : Chocolate Mousse Cake 
Sumber : Nuri @ bakery2embroidery.blogspot.com (Choc Cotton Cake)
               www.cooks.com tuk resepi Chocolate Mousse  


Bahan2  
Sediakan sebiji Chocolate Cotton Cake.. resepi bleh selongkar dapur akak ye..

Bahan2 Chocolate Mousse
1 1/2 tbsp gelatin
1 /4 cwn air
1 1/3 cwn susu segar
1 1/2 tbsp susu pekat
1/3 cwn serbuk koko - ayakkan
50gm dark cooking chocolate - akak guna choc coating -cairkan cara double-boil
1 1/2 cwn non-dairy whipping cream -
1 tsp esen vanila  

Cara2
1. Taburkan gelatin dlm air. Pastu double-boilkn hgga gelatin larut sepenuhnya. Ketepikan jap

2. Pukul non-dairy whipping cream hgga kental. Masukkn kejap dlm fridge

3. Dlam mangkuk lain, pukul susu segar, susu cair, serbuk koko, coklat cair & esen vanila hgga sebati. Masukkn gelatin yg telah dicairkan td sedikit demi sedikit sambil terus pukul ngn kelajuan perlahan.. 

4. Masukkn 1/3 drpd whipping cream ke dalam adunan coklat dr Langkah 4. Pukul sebati ngn kelajuan perlahan

5. Masukkan adunan dr Langkah 5 ke dlam baki whipping cream. Pukul sebati ngn kelajuan perlahan. Ketepikan jap



Cara Melapis Kek
1. Belah kek kepada 2 @ 3 bahagian/lapisan

2. Letakkn 1 bahagian kek ke dlam loyang spring form yg saiznya besar sedikit drpd saiz kek. 

3. Tuang choc mousse & letakkan plak lapisan kek seterusnya. Buh coklat mousse lagi. Ulang hgga ke lapisan kek seterusnya..

4. Hentak2kn sedikit loyang kek & masukkn kek dlm fridge semalaman.. esoknya bleh la keluarkan kek dr loyang & bleh la potong & makan..

 


 
Akak rekomen buat kek ni sbb sedap.. cam makan aiskrim.. lg sedap dr kek aiskrim yg pnh akak makan kt sebuah restoran tu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...