Dengarlah

Saturday, 29 December 2012

Kuih Seri Muka

Assalamualaikum & salam sejahtera..
 

Resepi ni akak amik dr Kak Nor @ secubitgaramnor67.blogspot.com. Resepi ni plak Kak Nor amik dr Kak Hanieliza yg femes dlm bidang masakan.

Sebelum ni Izatti x brapa makan kuih ni.. tp pas mami dia buatkn, kuih ni dh jd feveret dia. Siap kata sedap lagi. Akak pn rasa kuih seri muka ni sedap..

Resepi : Kuih Seri Muka
Oleh : Kak Hanieliza
Sumber : Kak Nor @ secubitgaramnor67.blogspot.com

Bahan2
Lapisan Bawah
2 1/2 cwn santan 
2 cwn pulut - basuh & rendam at least 3 jam
1 tsp garam

Lapisan Atas
2 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung kastad
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
3 sudu makan gula pasir halus
sedikit garam
sedikit pewarna & perisa pandan
- akak guna pandan paste brand Koepoe-Koepoe     

Cara2
Lapisan Bawah
1. Masukkn semua bahan dlm loyang & kukus

2. Apabila dh masak, angkat & tekan pulut padat-padat

3. Masukkn semula dlm kukusan & kukus jap 

My Way
1. Kukus pulut hgga hampir masak & angkat.. klau masak pn xpe

2. Masukkn pulut ke dalam mangkuk & masukkn santan & garam. Gaul rata & biar hgga santan diserap sepenuhnya. Pastu kukus lg dlm 5 minit & angkat


3. Alas loyang dengan plastik & sapukn dengan sedikit minyak. Masukkn pulut & tekan padat2. 


4. Kukus 5 minit sebelum tuang lapisan atas
 
Lapisan Atas
1. Satukan semua bahan & kacau sebati hgga gula larut

2. Tapiskan & tuang atas lapisan bawah

3. Kukus hgga masak. Sesekali, buka penutup periuk & periksa jika permukaan kuih basah. Klau basah, teruskan mengukus kuih tp dengan penutup kukusan dibuka. Pastu tutup semula & kukus hgga masak 
  
Penutup kukusan kena balut dengan kain bersih @ plastik. Tp akak rasa guna plastik lg ok. 
 

Pastikan kuih betul2 sejuk baru potong dengan menggunakan pisau plastik. Akak guna pisau pemotong kek.

5 comments:

  1. salam . saya nak bertanya kalau tepung kastad tu digantikan dengan tepung jagung boleh tak ? atau tepung tu tak digunakan dalam adunan tuk buat kuih ini , harap boleh balas . terima kasih =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. rasanya bleh je gantikan ngn tepung jagung.. tp rasanya akan ada beza la dr resepi asal.

      Klau x bubuh langsung tu, sya x pasti la plak menjadi ke tak..

      Delete
  2. Kak kat mana ada jual perisa koepeo2 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat kedai jual bahan2 kek.. Klu it jb ni, smart pun Ada

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...