Dengarlah

Sunday 15 January 2012

Papa Roti/ Mexican Bun/Roti Kopi/ Roti Boy

Assalamualaikum & salam sejahtera..


Malam ni nk share resepi Papa Roti. Roti yg juga dikenali sebagai Mexican Bun, Roti Kopi @ Roti Boy. Akak suka sgt makan roti ni dgn syarat kena makan panas2. Aroma kopi dia mmg menggoda

Resepi ni akak amik dr Page Jom Masak. Admin dia Marizah Miza. TQ Marizah. Nnt akak amik resepi lg ye & share kt cni

Resepi : Papa Roti (14 biji)
Sumber : Jom Masak (Marizah Miza)

Bahan2
Inti
200 gm mentega
1/2 sudu teh esen vanilla
70 gm gula perang

Cara2
1. Pukul mentega dengan mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit.

2. Masukkan esen & gula perang. Pukul sebati. Ketepikan

Topping
100gm mentega
80 gm gula aising @ gula yg dh d blend
2 biji telur gred B
1 sudu besar nescafe dicampur 1/2 sdb air panas
100 gm tepung gandum - ayak

Cara2
1. Putar mentega medium speed selama 5 minit.

2. Masukkan telur, gula aising dan bancuhan Nescafe (bubuh semua air Nescafe tu tau, baru menggoda aroma dia).

Masukkn telur & gula aising

Masukkn bancuhan nescafe
Pukul sebati

3. Masukkn tepung ke dalam adunan dan putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Ketepikan
Masukkn tepung

pukul sebati

Doh Roti
500 gm tepung berprotein tinggi (tepung roti)- diayak
1 sudu kecil bread improver + 1 sudu kecil bread softener 
75 gm gula kastor
3 sudu teh yis kering
1 sudu teh garam
1 biji telur dipukul - guna garfu je
   * Klau xde bread softener @ improver bleh gantikan ngn shortening
250 ml susu segar (klau xde, susu cair @ susu tepung yg dibancuh ngn air pn bleh)
60 gm mentega

Cara2
1. Gaul rata tepung, gula dan garam di dalam mangkuk. Masukkan yis, bread improver dan softener. Gaul rata.



2. Masukkan telur & susu segar. Gaul rata & mula uli doh


3. Masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh kenyal dan tidak melekat di tangan selama 10- 15 minit @ hingga licin..



4. Rehatkn doh biar kembang. Pastu bahagikan doh ikut besar mana yg dikehendaki. Bulat2kn


5. Amik sebiji doh (dr Langkah 4) & leperkan ckit. Pastu masukkn inti dia. Tutup inti @ sealkn doh td
yg ni akak gunakan cheese filling sebagai inti dia tp x berasa sgt la
Bkn pe, x bleh nk masukkn inti bnyk2 sbb filling ni x sekeras inti kacang merah


6. Susun doh yg telah dibubuh inti di atas loyang pembakar yang telah digris dengan mentega. Jarakkan 1 1/2 inci antara satu sama lain.


7. Rehatkan selama 45 minit di tmpt yg berhaba. Tutup bekas dan tutup lagi dgn tuala@ kain yg bersih supaya doh dapat haba..

selepas direhatkn


8. Selepas 45 minit, paipkan topping di atas roti yg telah kembang tu


9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170'C  selama 15 minit atau bun keperangan. Letakkn loyang pd tingkat yg kedua @ tengah2
tgh bakar


dh masak



Sedap makan panas2..



Selamat Mencuba... :)


20 comments:

  1. sis, nak tanya, kenapa saya punya habis pecah keluar inti dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pastikan masabuh inti tu, doh betul2 ditutup@seal. Klau ikutkn mmg x bleh nk masukkn bnyk sgt inti sbb inti dia ni kan lembik x macam inti kacang merah

      Delete
  2. salam perkenalan..mintak izin nak resepi..tq

    ReplyDelete
  3. Assalamualeykum .. Nak tanya masa bakar tu api atas bawah ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam... oven akak guna api atas bawah.. sbnrnya.. suhu & oven setting selalunya bergantung pd oven masing2

      Delete
  4. Salam..sis klu xpakai tepung roti.. Tepung gandum biasa boleh ke?sukatan mcmne ye??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...