Dengarlah

Sunday 11 March 2012

Red Velvet Cake

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Buat kek ni tuk bawak balik kampung kt Shah Alam. RVC ni lbh light rasa dia berbanding RVC yg akak pnh buat sebelum ni. Walau bagaimanapn, tetap sedap..


Resepi : Red Velvet Cake - Versi Kukus Sumber : Nuri (olahan sendiri drpd resepi2 kek yg dh dicuba sebelum ni)

Bahan A
1 cwn gula kastor - bleh kurangkn cikit klau nk
225 ml minyak masak
3 biji telur
1 tsp esen vanila


Bahan B
225ml susu segar
1/2 tbsp pewarna merah terang + secubit serbuk pewarna merah
1 1/2 tsp cuka
- satukan & biar 10 minit

Bahan C
2 1/2 cwn tepung gandum
3 tbsp serbuk koko
2 tsp baking powder
- ayak bersama semua bahan2 ni


Cara2
1. Satukan semua bahan A & pukul sebati guna hand whisk. Nk guna mixer pn bleh.
Pukul Bahan2 A


Bahan B yg telah disatukan. Biar selama 10 minit

2. Masukkan Bahan B(sebatian susu) & Bahan C (campuran tepung) ke dalam Bahan A secara berselang-seli. Tepung, susu, tepung. Kacau sebati

Masukkn tepung. Kacau sebati


Masukkn sebatian susu & kacau sebati


Adunan yg dh sebati

3. Tuang adunan dlm loyang & kukus selama 45 minit - 1 jam ngn api sederhana perlahan. Pastikan periuk kukusan telah dipanaskn terlebih dahulu & penutup kukusan dibalut ngn kain bersih


Siap tuk dikukus


Red Velvet Cake tanpa cream cheese frosting mmg x sah. Ada pelbagai resepi tuk buat cream cheese frosting. Yg ni resepi yg akak guna tuk salut RVC pd kali ni

Resepi Cream Cheese Frosting
Bahan2
500gm cream cheese - akak guna brand Philadelphia
susu pekat secukup rasa
air secukupnya - ikut pekat (consistency) mana cream cheese frosting yg dikehendaki

Cara2
1. Satukan cream cheese, susu pekat & 2 sudu besar air. Pukul hgga kembang & gebu

2. Jika adunan terlalu pekat, tambahkan 1 sudu besar air lg & pukul lg hgga sebati.
(Tambahkan air 1 sudu besar lg jika perlu )

Bila kek dh btol2 sejuk, baru lepakan cream cheese


Cara Deko
1. Potong permukaan kek yg x rata & permukaan yg x rata tu, hancur2kn (jadikan cake crumbs). Ketepikan

2. Potong/belah kek kepada 3 bahagian

3. Letakkn 1 bahagian kek ke atas cake board & sapukan/lepakan cream cheese frosting di atas permukaannya.

4. Letakkn 1 bahagian kek lg & lepakan cream cheese frosting. Ulang langkah ni tuk bahagian kek yg terakhir.

5. Sapukan seluruh kek ngn cream cheese frosting & ratakan dengan menggunakan spatula @ cake scrapper.

6. Bila cream cheese fosting dh rata, taburkn ngn cake crumbs tadi.

Ni la deko simple yg akak dh buat





Rupa dlm dia.



30 comments:

  1. baru la sya tahu yg lebihan kek yg kita potong tu di buat bread crumbs...gud idea...npk lagi cantik...qaseheena

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qaseh... lg cantik klau cake crumbs dia tu halus cikit. Yg ni kasar sgt..

      Delete
  2. Replies
    1. TQ HaSue.. tp hasil kerja HaSue lg cantik... suka tgk..

      Delete
  3. Salam kak..kalo nk buat versi cupcake red velvet kukus ni, masuk dlm cupcake byk mn ye???separuh ok ke??sbb isau nnti melimpah ruah plak.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... try buh lebih dr separuh@ hampir2 3/4 isipadu papercup tu

      Delete
  4. sedapnyer..minat sgt dgn rvc ni..nanti nk cube..pinjam resepi ye..salam knal dr mama3hero

    ReplyDelete
  5. salam kak nuri , saya nak tanya boleh tak kalau cuka tu saya guna cuka buatan yeos ? dan satu lagi boleh tak kakau saya guna pewarna merah je ? serbuk merah tu tak payah ? harap boleh membantu . terima kasih =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..
      boleh je.. mmg guna cuka buatan pn. Apa brand pn boleh. bleh je klau xnk buh pewarna serbuk tu.. akak pn selalu gak guna pewarna cecair je

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. salam kak nuri , maaf nak tanya lagi. hehe . sebab ada yang masih keliru , sori kalau saya ni banyak bertanya maklumlah budak baru nak belajar . soalan2 nya :

    1. kalau susu segar tu digantikan dengan susu cair boleh tak ? Same ke fungsi nyer dengan susu segar ? ke nnt buttermilk akan jadi lain2 ikut jenis susu yang digunakan ?

    2. kalau nak buat rvc ni dalam versi cupcake dan cupcake dikukus , macam mana nak ek nak kukus cupcake tu tanpa air terkena kat cupcake tu ? sebab selalu tertanya2 macam mana nak kukus cupcake sebab nnt takut air terkena then koyak lak cupcake tu sebab guna cupcake kertas

    3 . akak boleh cadangkan tak jenama pewarna merah yang okay nak digunakan sebab nnt ade pewarna yang boleh buatkan rvc jadi pahit dan adunan diatas menggunakan loyang berapa inci ? .
    sekian , terima kasih . harap akk boleh bantu . maaf panjang sikit soalan .:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. bagus la klau bertnya. xde la sesat jalan kan? hehehe..

      1. Klau x silap akak pn pnh gak guna susu cair. Akak pnh gak guna susu tepung yg dibancuh ngn air tuk gantikan susu segar tu. Sama je fungsi dia. Cuma rasanya ada sedikit berbeza je sbb susu cair ni kan lebih lemak banding susu segar. Tp susu tepung x bnyk beza ngn susu segar


      2. Penutup kukusan kena balut ngn kain bersih. Pastu klau awak guna cup kertas yg lembut cam cup kertas tuk letak biskut almond london tu, kena masukkn dlu cup kertas tu dlm acuan baru bleh masukkn adunan kek. Klau guna cup kertas jenis keras, yg bahagian dlm dia nampak cam plastik & berkilat, x perlu guna acuan dh. Masukk je adunan kek dlm cup kertas tu. Setakat ni x pnh lg cup kertas yg akak guna terkoyak masa mengukus

      3. Kat umah akak ni, akak guna pewarna brand star,tesco, c4, panglima, meriah & pewarna oil base yg dipacking sndri oleh kedai bakery. Klau ikut sukatan dlm resepi ni x pahit sbb akak mmg dh kurangkn sukatan dia dr 2 tbsp kepada 1/2 tbsp je. Akak pn rasa takut bila tgk resepi guna bnyk sgt kaler..

      Harap dpt membantu..

      Delete
    2. terima kasih kak nuri atas jawapan2 di atas , dah faham sekarang .=) , cuma last question tak dijawab lagi , adunan ni guna loyang bape inci ?

      Delete
    3. sorry x perasan plak.. akak guna loyang 8 inci

      Delete
  8. kak..nak tanya..ada beza x rasa n tekstur kalau guna minyak n butter?sebelum ni saya try butter..xpernah guna minyakk.

    n kalau wat guna acuan dadih yg bks rendah tu..dapat brp bekas ey??


    tq kak..:)

    herdiaryoflife.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. dr segi tekstur x beza sgt tp dr segi rasa yg guna butter rasa lemak la banding yg guna minyak..

      soalan kedua x dpt nk jawab sbb x pnh try lagi buat dlm bekas tu

      Delete
  9. salam nk tnya yg akak buat frosting 2 same ke dgn yg topping?...kiranya bole gune utk 2 function yea?..cm2 ker?..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. cream cheese frosting tu akak gunakn yg sama dlm melapis kek, tuk salut kek & tuk topping kek tu sekali

      Delete
  10. kek ni kalau bakar boleh ke? atau kena kukus je ya?

    ReplyDelete
  11. klu minyak tu digantikn ngn butter lh x?

    ReplyDelete
  12. sy pinjam resepi utk panduan nk bt nnt ye...t.kasih

    ReplyDelete
  13. Maaf nak tnya..siapa yang membaca surah yasin dan surah Maryam..saya nak download..merdu sangat suaranya..mencari resepi RVC terus terlekat mendengar alunan merdunya..tq sis

    ReplyDelete
  14. akak nk tnya buleh tak pewarna cecair tu d ganti nge pewrna serbuk,kalau boleh brp sukatannya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...