Dengarlah

Monday, 10 December 2012

Strawberry Snow Pudding

 Assalamualaikum & salam sejahtera..


Puding ni mmg sedap cuma rasa masam buah strawberi segar tu mengurangkn nikmat kelazatannya. Tp bg Izatti yg mmg suka makan buah strawberi.. dia tetap kata sedap sgt.


Resepi : Strawberry Snow Puding
Sumber : Putri Manja @ rasa2selera.blogspot.com

Bahan2
Lapisan Atas
4gm agar-agar serbuk
200ml susu segar
40gm gula pasir halus
175ml whipping cream - akak guna non-dairy whipping cream

Buah strawberi secukupnya - potong ikut suka


Cara2
1. Sediakan bekas/loyang. Akak guna bekas plastik je. Bilas ngn air & susun buah strawberi 

2. Satukan semua Bahan Lapisan Atas kecuali non-dairy whipping cream. Masak atas api perlahan hgga gula larut sepenuhnya


3. Tutup api & masukkn non-dairy whipping cream. Kacau sebati

4. Tuang adunan Lapisan Atas ke dalam bekas dr Langkah 1. Biar sejuk.

Adunan Lapisan Atas yg telah dimasukkn dlm bekas


Bahan2 Lapisan Tengah
4gm agar-agar serbuk  
4 biji strawberi
2 tbsp sirap strawberi
1 tbsp filling strawberi
120ml air
2 tbsp susu segar perisa strawberi
1 tbsp gula pasir halus  
1 biji putih telur
sedikit pewarna pink
- resepi asal lapisan tgh ni bleh rujuk pd link kt atas tu.

Cara2
5. Pukul putih telur hgga jd meringue. Ketepikan jap

6. Kisar bersama strawberi, air & pewarna hingga strawberi lumat

7. Masukkn hasil kisar ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, sirap strawberi, filling strawberi, susu perisa strawberi& gula. Masak hgga agar-agar & gula larut sepenuhnya. Angkat & biar suam

8. Masukkn sedikit adunan strawberi dr Langkah 7 ke dalam adunan meringue & pukul perlahan hgga sebati. Pastu masukkn baki adunan strawberi ke dalam adunan meringue. Pukul perlahan hgga sebati

9. Tuang adunan dr Langkah 8 ke dalam bekas yg telah berisi Lapisan Atas td. Sebelum tuang tu, cakar2kan permukaan Lapisan Atas dgn garfu supaya kedua-dua lapisan dpt bercantum ngn kuat. Biar sejuk
Adunan Lapisan Tengah yg telah keras & dicakar-cakar ngn garfu

Lapisan Bawah (Sama bahan & sukatan dengan Lapisan Atas)
4gm agar-agar serbuk
200ml susu segar
40gm gula pasir halus
175ml whipping cream - akak guna non-dairy whipping cream

Sediakan Lapisan Bawah ni sama seperti menyediakan Lapisan Atas. Apabila dh siap tu, tuang adunan Lapisan Bawah ni ke atas Lapisan Tengah yg telah dicakar2 ngn garfu
Adunan Lapisan Bawah yg telah dituang di atas Lapisan Tengah

Susun buah strawberi lg

Biar puding sejuk & masukkn dlm fridge..Dh btol2 sejuk baru la potong & hidang 
Ni la rupa Strawberry Snow Pudding pas dikeluarkan dr bekas dia

sedappp....
 



 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...