Dengarlah

Wednesday, 4 April 2012

Japanese Cotton Cheese Cake With Whipping Cream Topping & Fresh Fruits

Assalamualaikum & salam sejahtera

Antara kek yg sedap yg penah akak rasa... gabungan cheese cake, whipping cream & fresh fruits mmg sepadan. Yang x suka cheese cake x bleh kata ape la. 

X cukup klau makan sepotong kecik.. kena amik potongan besar. Baru la puas. Kek ni semestinya akan diulang-siar nnt... hehehe...

Resepi : Japanese Cotton Cheese Cake With          
          Whipping Cream Topping & Fresh Fruits

Bahan2
Bahan A
125gm cream cheese
90ml susu segar
15gm butter

Bahan B
30gm (4tbsp + 1tsp) tepung gandum
24gm (3tbsp + 2tsp) tepung jagung
secubit garam
3 biji kuning telur

Bahan C
3 biji putih telur
73gm (1/3 cwn + 1tsp) gula pasir halus

Topping
1/2 tsp gelatin
1 tbsp air panas
150ml whipping cream
1 1/2 tbsp gula pasir halus
Buah-buahan segar dipotong dadu

Cara2
1. Masak Bahan A atas api perlahan hgga pekat. Kacau sentiasa mggunakan whisk.


 
Rupa Bahan A apabila dh dimasak

2. Apabila Bahan A dh suam, masukkn tepung gandum, tepung jagung & garam. Kacau sebati mggunakan whisk

3. Apabila dh sebati, masukkn telur & kacau sebati. Ketepikan jap
Masukk telur & kacau sebati

Adunan yg dh sebati

4. Pukul putih telur hgga berbuih . Pastu masukkn gula sedikit demi sedikit sambil telus memukul. Pukul hgga bertanduk
Pukul putih telur hgga berbuih

Masukkn gula sedikit demi sedikit sambil terus memukul

Bila dh bertanduk camni, dh jd la meringue

5. Masukkn 1/3 meringue ke dlam adunan cheese dlam Langkah 3. Kaup-balikkan hgga sebati. Apabila dh sebati, masukkn lg 1/3 adunan meringue. Kaup-balikkn hgga sebati
Masukkn meringue dlm adunan cheese

Kacau sebati

6. Masukkn adunan dlam Langkah 5 td ke dalam baki meringue & kaup-balikkn hgga sebati. Tuang dlm loyang yg dh dialas ngn baking paper


 Adunan yg dh sebati

Adunan yg dh nk masuk oven

7. Bakar secara bain-marie. Bakar selama 45minit pd suhu 150'C. Sekali lg suhu & masa membakar bergantung kepada oven masing2.
Akak bakar 35minit pertama ngn api bawah & 10minit terakhir guna api atas bawah

Ni la cara bakar bain-marie...

Apabila kek dh masak, keluarkn dr oven & lalukan pisau ditepi2 loyang untuk elakkn kek "jatuh"


Topping
1. Masukkn whipping cream dlm mangkuk & masukkn mangkuk td ke dalam fridge. Masukkn sekali besi mixer. Biar benda2 tu sejuk

2. Masukkn gelatin dlm air panas & kacau hgga gelatin larut

3. Keluarkn mangkuk whipping cream & pukul whipping cream hgga berbuih. Masukkn gula sedikit demi sedikit sambil terus pukul

Whipping cream sebelum dipukul

Pukul hgga berbuih & masukkn gula sedikit demi sedikit sambil terus pukul

4. Tingkatkn kelajuan mixer & pukul hgga jd kental & jd krim. Hati2 jgn sampai terlebih pukul. Bila dh jd kental, masukkn gelatin & kacau sebati
whipping cream dh mula kental

pukul hgga jd camni..pastu baru masukkn gelatin & kacau sebati

5. Tuang whipping cream atas kek & hias ikut suka. Pastu taburkan buah-buahan segar
Lepakan whipping cream atas kek

buah-buahan yg akak guna

camni la hasil dia


Kek ni sgt lembut.. & sedapppp...



Selamat mencuba... x rugi tau

6 comments:

  1. Nuri, bab godek putih telor sampai kembang tu mcm tak sanggup je akak buat. Tapi teringin jugak ni, takkan nak telan air lior je tengok gmbr Nuri ni kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbnrnya x lama mana pn kak nk pukul putih telur tu.. try la... mmg x rugi kak...

      Delete
  2. enaknya bila tgk kek ni, dah banyak hari mengidam kek keju, nak buat malaslah pulak..

    ReplyDelete
  3. panjangnye nama kek ni...hehehe...
    tgk aje dh tau mesti sedap kek ni..nmpk gebu sgt...

    ReplyDelete
  4. salam...kak..whipping cream akak guna yg non-dairy ke??tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam nam.. bkn, whipping cream yg biasa cam whipping cream for cooking & whipping.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...