Dengarlah

Sunday, 11 March 2012

Talam Tokyo

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Resepi yg dh lama nk try tp baru ari ni tergerak hati tuk buatnya. Bahan2 dh beli dh 2 minggu lepas. Santan segar yg dibeli sebelum tu, terbuang je sbb asyik tertunda.


Menyesal x buat awal2 tau... sebab seeedaaappppp.. serius sedap. Semalam buat 1/2 adunan je sbg xperiment. Bg akak masih manis tp still bleh terima. Klau yg suka manis, sukatan gula tu mmg dh sesuai dh.

Buat malam semalam. Igt nk potong pg ni. Tp bila tgk TV & lewat tdo.. akak potong je la. Lgpn hubby x tdo lg. Makan sepotong... mmmm.... mmg sedap. Amik lg sepotong kecik, x cukup lg, amik lg. Last2, tggal 1/2 loyang... hehehe....



Pasni pasti akan buat lg. TQ Yatie@ http://yatiememories.blogspot.com . Saya share resepi dia kt cni plak ye...

Resepi : Talam Tokyo
Sumber : Yatie@http://yatiememories.blogspot.com 
Full resepi bleh la g kt blog Yatie ye...


Bahan2 - resepi kt bawah ni adalah 1/2 adunan dr resepi asal (akak guna Loyang 8" x 8")

Lapisan Bawah

150gm sagu kecil kaler putih - rendam 30 minit & toskan
30gm su'un - rendam dlm air panas hgga lembut & gunting kecik2
50gm kelapa parut putih yg muda remaja
55ml santan pekat
150ml air
1/2 sudu teh garam 
1 tbsp gula pasir halus - ni akak masukkn sndri


Cara2
1. Satukan semua bahan2 di atas & kacau sebati.

2. Masukkn dlm loyang yg telah dialas ngn plastik & disapu ngn sedikit minyak

3. Kukus selama 20 - 25 minit @ hgga sagu masak. Bila dh masak, tekan2 cikit guna sudu supaya dia padat sblom masukkn Lapisan Atas

Lapisan Atas

2 biji telur
125gm gula pasir halus
200ml santan pekat - akak guna santan kotak Brand Kara
200ml air
2 sudu besar tepung hong kwe + tepung kastad jadikan 50gm
( 2 tbsp tepung hong kwee + tepung kastad = 50gm)

1/2 tsp garam
sedikit esen vanila
Pewarna ikut suka


Cara2

1. Blend semua bahan kecuali pewarna. Klau nk hasil permukaan yg licin, kena kacau perlahan je hgga gula hancur & semua bahan sebati. Bila blend akan ada gelembung udara.


2. Tapiskn & bahagi ikut berapa kaler nk - akak bahagi 2, biru & pink. Tp gabungn kaler ni x menarik la plak.. huhuhu....

3. Tuang lapisan kaler pink ke atas Lapisan Bawah. Kukus lg 20minit @ hgga masak



4. Kuarkn loyang & tuang plak adunan kaler biru. Kukus lg dalam 30 minit. 5 minit terakhir, buka penutup periuk & buang air atas permulaan kuih jika ada. Teruskn mengukus ngn penutup dibuka supaya permukaan kuih kering
corak2 tu sebenarnya buih2 halus yg terhasil apabila adunan Lapisan Atas diblend


Biar kuih betul2 sejuk baru potong guna pisau plastik

Talam Tokyo yg baru kuar dr periuk kukusan


Bekfes pg tadi



Resepi dh ada.. selamat mencuba.. peminat kuih2 talam ni.. mesti cuba tau... sedappp.....

Edit - Tips

1. Kukus kuih2 jenis lapis @ talam ni dgn api perlahan. Nnt akan dpat kuih yg lapisan dia masak ngn cantik & air atas permukaan kuih tu kurang berbanding klau kukus ngn api medium & kuat
- walaupn penutup kukusan dibalut ngn kain, kdg2 still ada air atas permukaan kuih

2. Kukus kuih dgn penutup kukusan dibuka sekiranya ada air di atas permukaan kuih. Biar hgga air tu kering baru buh lapisan seterusnya
 

4 comments:

  1. sedapnya nampak.okeyla tue combination color tue,nanti nak cubalah

    ReplyDelete
  2. Mmg dah terbayang kesedapannya. Thanks Nuri berkongsi resepi. Sgt unik kuih ni sbb guna su'un.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 tu rasa pelik gak sbb guna su'un.. tp bila dh rasa mmg sedap

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...