Dengarlah

Friday, 15 November 2013

Apam Tepung Gandum

Assalamualaikum & salam sejahtera




Dulu-dulu masa zaman sekolah rendah, apam ni la yg selalu akak buat sbb senang sangat & muai. Maklum la ahli kuarga ramai, kena la buat kuih yg muai, senang, cepat tp still sedap. 

Apam ni sedap dimakan bersama kelapa parut terutamanya kelapa parut yg mmg muda remaja. Kat kampung dulu senang, amik sendiri kelapa & parut sendiri. Kat bandar ni beruntung sangat la klau dapat cari kelapa yg muda remaja cam kat kampung. Kat cni selalunya yang dapat kelapa parut putih yg sebenarnya kelapa tua yg untuk santan. Tu yg bila makan kuih tu, rasa cam makan hampas kelapa je... terbantut selera jadinya. Last2 makan tanpa kelapa parut..


Dh berzaman rasanya akak x buat kuih ni. Tu yg terpaksa google resepi dia. Akak amik resepi daripada Kak Fida dr web myresepi. Kak Fida ni mmg bnyk sangat menyumbang resepi dlm web tu. 

Resepi : Apam Tepung Gandum
Sumber : Kak Fida @myresepi

Bahan2
3 1/4 cawan tepung gandum - ayak
3/4 cawan hingga 1 cawan gula perang
2 1/2 cawan air
1 paket yis segera (11gm)
secubit garam
Kelapa parut & sedikit garam - kukus kejap supaya x mudah basi

Cara2
1. Sediakan acuan @ loyang. Griskan dgn sedikit minyak masak

2. Bancuh yis dengan 1/2 cawan air. Kacau & ketepikan

3. Gaulkan tepung dan gula hgga rata dalam mangkuk adunan yg besar

4. Masukkn bancuhan yis dan baki air tadi. Kacau dengan hand whisk hgga adunan tidak berbintil-bintil

5. Tutup adunan & perap hgga adunan naik 2x ganda
 

6. Tuang adunan dlm loyang @ acuan & kukus hgga masak. Pastikan air dlm kukusan dh mendidih sebelum mengukus

Apabila dh masak, keluarkan dr acuan & gaul dengan kelapa parut yg telah dikukus td...

2 comments:

  1. Assalamualaikum...salam kunjung..gebu nmpk apam tpg gandum tu...sya pun prnah buat menggunakan resepi yg sama..mmg sedap...saya follow yer.jika ader kesudian silalh intai2 ke blog saya..tkasih..
    http://secuitrasaumiejazz.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...