Dengarlah

Thursday, 24 October 2013

Cheezy Cheese Cake

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Dh lama tgk kengkawan post tang Kek Cheese Meleleh. Teringin sangat nk buat tp bila tengok resepi cheese frosting dia menggunakan 1/2 tin susu pekat manis, terus x jadi nk try. Mesti manis gila bg akak. Selalunya tuk 250gm cream cheese, akak cuma guna 5 sudu besar susu pekat manis. Paling banyak pun 8 sudu besar. Tu pun dah cukup manis (bagi akak la).

Berbalik kepada kek ni,  apabila ramai sangat yg kata kek ni sedap sangat-sangat, akak pn try la buat ikut citarasa akak yg x suka manis. Resepi kek span akak amik drpd Ejun Junida, member dlm group masak-masak kt fb gak. Resepi cream cheese frosting dia akak olah sendiri

Resepi : Kek Span
Sumber : Ejun Junida

Bahan-bahan 
Bahan -bahan A
4 biji telur Gred A - klau telur saiz kecik, gunakan 5 biji
100gm gula pasir halus - akak cuma guna 90gm
1 sudu besat (tbsp)ovalette
30ml air
2 sudu teh esen vanila - akak letak 1 1/2 sudu teh je

Bahan B
120gm tepung naik sendri
1 1/2 sudu besar tepung jagung
-ayak bersama

Bahan C
75ml minyak jagung

Cara-cara
1. Panaskan oven & sediakan loyang 8" atau 9". Gris dasar loyang & lapik dengan baking paper. Gris baking paper tersebut. Tak perlu gris tepi-tepi loyang

2. Pukul Bahan A sekejap. Masukkan Bahan B & pukul hingga gebu, likat & berkrim

pukul Bahan A kejap

Masukkan Bahan B

Pukul Bahan A + Bahan B

Pukul hgga gebu & berkrim

Pukul higga adunan pekat & likat cam gambar di atas ni


3. Masukkan Bahan C & kaup balikkan hingga sebati


4. Tuang adunan dalam loyang & bakar 45 - 60 minit pada suhu 150'C. Suhu & masa membakar kena ikut oven maing-masing ye


Apabila kek dh masak, keluarkan daripada oven & telangkupkan di atas redai. Biar agak sejuk baru keluarkan kek daripada loyang. Biar kek sejuk pada suhu bilik
Dh masak

Ni la hasilnya


Resepi : Cream Cheese Frosting
Sumber : Nuri

Bahan-bahan
250gm cream cheese
5 tbsp susu pekat manis
1 biji jus lemon- klau x suka masam, bleh kurangkan 
1/4 cawan non-dairy whipping cream 
1 bekas kalsium perisa vanila
Vivo.. brand non-dairy whipping cream yg jd pilihan 

Kalsium - akak guna 1 bekas ni

Cara-cara
1. Pukul cream cheese & susu pekat manis bersama hingga berkrim

2. Masukkn kalsium & pukul sebati

3. Masukkn jus lemon & pukul sebati 

4. Masukkan non-dairy whipping cream & pukul sebati


Adunan Cream cheese frosting yg dh siap


Apabila kek dh sejuk sepenuhnya, bleh la bubuh cream cheese frosting dia

Belah kek kepada 3 bahagian menggunakan benang. Selepas tu, lapiskan setiap lapisan dengan cream cheese frosting. Then, tutup kek sepenuhnya dengan cream cheese frosting. Akhir sekali, taburkan kek dengan parutan keju cheddar. 

Kek ni sedap dimakan ketika sejuk. Sebenarnya, kek ni lbh kurang je dengan Snow Cheese Cake, cuma cream cheese frosting dia lbh cair berbanding Snow Cheese Cake
Peminat cheese cake should try....






 

3 comments:

  1. emm macam best ceam dia nanti leh try.. sebab kalau yg snow cheese manis.. mungkin yg ni lebih sesuai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah... ssh gak kn klau kita ni jenis yg x suka manis. Selalunya klau akak tnya org yg dh try resepi tu, kebanyakannya mengatakan manis dia ok je.. tp bila kita try. mmg x bleh nk makan, mkan secubit je..

      Delete
  2. Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...