Dengarlah

Thursday, 5 September 2013

Kuih Kasturi

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Ni antara kuih yg menjadi kegemaran akak. Pnh sekali akak & adik akak try buat kuih ni walau x tau pn resepinya. Akhirnya dapat la kuih kasturi versi keras... adehhh...


Tp sekarang ni dh pndai buat dh. Akak belajar drpd jiran masa dok Felda dlu. Akak tu mmg meniaga kuih-muih.Masa akak tu buat kuih, akak akan tolong dia. So, dpt la belajar drpd dia

Resepi : Kuih Kasturi
Sumber : Nuri

Bahan2 - sukatan bahan2 ni boleh je diubah. Sukatan ni dpt bnyk 
                tau
1 1/2 cawan kacang hijau - cuci & rendam semalaman
3 1/2 cawan air
1 cawan gula pasir kasar
3/4 cawan tepung gandum
1 biji kelapa parut putih

1 tsp garam

Cara2
1. Toskan kacang hijau. Masukkn dlm kuali yg agak besar & masukkn air. Masak hgga kacang empuk & pecah-pecah. Klau x pecah gak, pecahkn je sndri dgn sudip tu..

2. Apabila air dlm kuali dh tinggal sedikit, masukkn kelapa parut & kacau sebati. Masak lg hgga agak kering. Perlahan api & kacau sentiasa

3. Masukkn gula & garam. Kacau sebati. 


4. Masukkn tepung gandum & kacau sebati hgga adunan kering. Tutup api & biar sejuk sedikit @ sejuk baru bentukkn
Masukkn tepung gandum

Adunan yg dh siap.. tinggal nk bentuk je

Dh siap bentuk

5. Buat bancuhan tepung (batter) cam nk buat batter tuk pisang goreng. Celupkan kuih kasturi yg telah dibentuk td dlm batter pastu goreng dlm minyak yg bnyk hgga kuning keemasan. Angkat & toskan

pastu bleh la hidang tuk minum petang..
 

 - Sorry tuk batter dia ni akak main campak2 je. Cuma selalunya tuk batter, akak suka gunakan bahan2 berikut.
 

Tepung gandum
Tepung beras
Sedikit Tepung jagung
Marjerin yg panas @ minyak panas
Sedikit garam 
Air

Campurkan semua kecuali minyak @ marjerin & kacau sebati. Apabila dh sebati, panaskan minyak @ marjerin. Pastu terus tuang dlm adunan td. Kacau sebati & bleh la guna tuk celup kuih kasturi, pisang, keladi @ ubi






No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...