Dengarlah

Wednesday 4 September 2013

Kek Lapis Idola

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Maaf andai ada yg ternanti-nanti entri drpd akak ( ade ke yg ternanti-nanti ni? ). Entah kenapa akhir-akhir rasa mudah sangat penat. Tu yang menyebabkan akak xde pe yg nk dikongsikan. Klau ada pn, x sempat nk update kt cni..

Kek ni akak buat masa raya ari tu. Resepi akak amik dr Rohaimi Ahmad, tokey kek yg mmg bz ngn tempahan kek online dia. TQ Amy. Klau nk order kek2 drpd Rohaimi Ahmad, bleh la search dia kt fb.


Resepi : Kek Lapis Idola
Sumber : Rohaimi Ahmad 

Bahan2
10 biji telur Gred A
400gm butter - akak guna farmcow tp rasanya terlalu berminyak. 
                         Resepi Amy bnyk menggunakn buttercup yg dlm  

                         tin 
200gm 
80gm kaya
50gm santan serbuk
300gm coklat masakan - cairkan
200gm susu pekat
1/2 cwn milo
150gm gula halus
200gm tepung gandum
1 tsp esen vanila

Cara2
1. Sediakan loyang. Lapik loyang ngn kertas & sapukan butter. Gunakan loyang 8 x 8 yg tinggi @ loyang 9 x 9

2. Pukul butter & gula hingga kembang

3. Masukkn telur 1 per 1. Pukul sebati setiap kali telur dimasukkan.

4. Masukkn susu pekat, horlicks, kaya, serbuk santan, tepung gandum & esen vanila. Pukul sebati

5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 biarkan dengan kaler ori dia & 1 lagi campurkan dengan coklat yg telah dicairkan & 1/2 cwn milo

6. Masukkn 7 sudu besar adunan kaler ori & bakar selama 5-7 minit guna api atas bawah pada suhu 180'C atau hgga permukaan atas kek jd perang. Suhu oven bergantung kepada oven masing2 ye

7. Apabila lapisan pertama dh masak, keluarkan & tekan2 dengan penekan kek lapis. Pastu tuang plak 7 sudu besar adunan kaler coklat. Ratakan & bakar selama 5 - 7 minit tp kali ni guna api atas sahaja. 

8. Apabila dh permukaan kek dh perang, keluarkan & ulang Langkah 6 tadi. Buat hgga habis. Lapisan terakhir gunakan api atas & bawah tp akak kurangkan suhu kepada 165'C. Bakar selama 15 minit @ hgga masak sepenuhnya..

Biar kek sejuk sepenuhnya baru potong. Kek2 lapis ni rasanya lebih menyerlah selepas 1 ari.

Sesape yg rajin bleh la try kek lapis ni... sedappp...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...