Dengarlah

Thursday, 29 November 2012

Chocolate Cotton Cake

Assalamualaikum & salam sejahtera...
Ni Choc Cotton Cake yg baru akak buat

Yg ni versi segi 4.. yg ni hak yg lama


Daripada nama je dh tau kn.. kek ni lembut & ringan. 1st time buat kek ni dlu amik resepi dr buku resepi. Masa tu xde anak lg. So, suka2 mencuba apa2 resepi. Alhamdulillah, 1st try menjadi. Masa tu buat Strawberry Cotton Cake.

Bahan2 (Loyang  7")
60gm butter
75gm susu cair
4 biji telur Gred A - asingkn putih & kuning
55gm tepung gandum*
15gm serbuk koko*
1/2 cwn gula pasir halus.. klau suka manis bleh tambah sedikit lg
- ayak bersama bahan2 bertanda *


Cara2
1. Pukul putih telur hgga berbuih. Masukkn gula sedikit demi sedikit. Pukul lg hgga putih telur kental & bertanduk apabila mixer diangkat. Klau mangkuk adunan tu diterbalikkan, adunan putih telur tidak akan jatuh ( jd meringue). Ketepikan jap


Pastikan peralatan tuk menghasilkn meringue ni bersih, x berminyak & x basah serta xde kuning telur yg termasuk dlm putih telur semasa proses mengasingkan kuning & putih telur tu 

2. Pukul manja kuning telur ngn sudu @ garfu. Ketepikan jap

3. Panaskn butter hgga mendidih. Gunakan api yg perlahan. Apabila dh mendidih tu, tutup api & masukkn campuran tepung + serbuk koko. Kacau sebati & ketepikan

4. Dlm periuk @ pan lain, panaskn susu hgga suam2 kuku. Tutup api. Masukkn susu ke dalam mangkuk kuning telur. Kacau sebati

5. Masukkn adunan susu (dr Langkah 4) ke dalam adunan koko (dr Langkah 3). Kacau sebati

6. Ambil 1/3 adunan meringue & masukkn dlm adunan koko + susu (dr Langkah 5). Kaup-balikkn hgga sebati. 

7. Masukkan adunan dr Langkah 6 ke dlm mangkuk adunan meringue. Kaup-balikkan hgga sebati

8. Tuang adunan ke dlam loyang yg telah digris & dialas kertas. Bakar cara bain-marie @ steam bath selama 45 - 60 minit pada suhu 160'C. Suhu & masa membakar bergantung pd oven masing2. 40 minit pertama akak guna api bawah sahaja & 10 minit terakhir akak guna api atas bawah
ni cara akak buat steam-bath.. 

Biar kek selama 5 minit dlm oven selepas kek masak. Pastu keluarkn loyang & terus telangkupkan atas redai dlm 10 minit. Apabila kek dah sejuk sedikit, bleh la keluarkan kek dr loyang..

Bleh terus makan camtu je @ bleh buat tiramisu @ choc mousse cake...   
Rupa dlaman Choc Cotton Cake.. gebu & lembut

Kek ni bleh buat pelbagai versi coklat, vanila, strawberi & lain2 lg la yg sewaktu dgnnya..

To be continue.. sbb kek ni akak digunakan tuk buat Choc Mousse Cake & Tiramisu.. 


8 comments:

  1. salam , saya nak bertanya kalau kek ini dikukus boleh ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam... yg tu akak x pasti la sbb x pnh try lg cara kukus

      Delete
  2. assalamualaikum , kak nuri . nak tanya ada tak resepi kek span/chiffon coklat yang dikukus ? harap dapat membantu . =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. akak x pnh try lg tp rasanya cam boleh je sbb kek keju kukus lbh kurang kek chiffon yg asingkan kuning & putih dia..

      http://bakery2embroidery.blogspot.com/2012/06/kek-kukus-keju.html

      Delete
  3. Assalamualaikum kak.sy nak tanye...klu tepung gandum tukar pakai tepung superfine blh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... yg tu akak x brapa pasti sbb mmg x pnh guna tpg superfine tu tuk buat kek cotton ni..

      Delete
  4. salam kak kenapa 2x sy Cuba buat tp x jadi fluffy mcm ni. jadi cam bantat. :(

    ReplyDelete
  5. ke sy kena tambah masa bakar atau naikkn suhu? rasa dh ikut step2 betul n masa kaup balik tu pun ok xde overkacau. agak Akak kenapa ya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...