Dengarlah

Thursday, 3 November 2011

Caramelised Mango Panna Cotta

Assalamualaikum & salam sejahtera




Ni kali kedua akak buat Caramelised Manggo Panna Cotta ni. Klau dh buat kali kedua tu, maknanya mesti la sedap.. 1st time buat atas request dr hubby. Pastu hubby kata sedap. Masa tu akak buat 1/2 adunan je.  1st try,  takut x menepati citarasa. Ye la, krim pekat/thickened cream tu mahal tau. 250ml RM7 lbh.. Tp bila dh rasa.. mmmmm...  x cukup 1/2 adunan. 


So, kali ni buat 1 adunan. Puas makan..Rasa dia lemak2.. Klau yg mmg x suka susu, baik jgn cuba resepi ni. Tp klau yg xde masalah ngn susu.. of coz akak rekemen try resepi ni...

Resepi ni akak amik dr Harian Metro oleh ZamzilaAbu Bakar @ www.hazila.blogspot.com. TQ Zamzila

Resepi : Caramelised Manggo Panna Cotta

Sumber : Zamzila Abu Bakar @ www.hazila.blogspot.com



Bahan2

500ml krim pekat/thickened cream
500ml susu segar
2 sudu teh esen vanila
100gm/ 1/2 cwn  gula pasir kasar - bleh kurangkn ckit
4 1/2 sudu teh (tsp) serbuk gelatin
6 sudu besar (tbsp) air sejuk dr peti ais

Bahan Mangga Berkaramel 
1 biji mangga ranum saiz besar dipotong dadu 
2 sudu besar (tbsp) gula pasir kasar
2 sudu besar (tbsp) air


Cara2
1. Masukkn air sejuk dlm mangkuk & taburkn serbuk gelatin. Biar selama 5 minit



2. Masukk  susu segar, krim pekat, gula & esen vanila dlm periuk. Buka api perlahan

3. Apabila campuran susu hampir mendidih, masukkn gelatin td & kacau hgga sebati sehingga gelatin cair sepenuhnya... xde lg butir2 gelatin. Biar mendidih sedikit
Masukkn gelatin

Kacau sebati

Tutup api

4. Angkat & tuangkn adunan ke dalam acuan @ bekas. Biar sejuk seketika baru masukkn dlm fridge selama 3 - 4 jam..


Cara2 sediakan karamel

1. Masukkn 1 sudu besar air bersama 2 sudu besar gula. Buka api plg perlahan & biar hgga air mendidih & gula bertukar jd perang. 

2. Apabila gula dh bertukar perang, masukkn 1 sudu besar air lg & kacau sebati. Biar hgga gula karamel/ hangus td cair

3. Masukkn sebahagian mangga yg dh dipotong dadu & masak hgga hampir jd puri. Pastu masukkn mangga selebihnya. Kacau rata & tutup api. Angkat & biar sejuk
Masukkn sebahagian mangga

Masukkn mangga selebihnya

 mangga berkaramel


Masa nk makan tu, buh mangga berkaramel di atas panna cotta...yummyyyy.....











Selamat mencuba...









No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...