Dengarlah

Tuesday 19 July 2011

Pau Kukus Tradisional

Dlu2 slalu tolong mak buat Pau Kukus ni. Mak letak inti kelapa. Kitaorg adik-baradik mmg suka pau yg mak buat tu. Mak ada resepi sendiri buat Pau Kukus ni.. tp sbb dh lama sgt x buat, so akak pn dh lupa dh resepi tu. Dlu2 mana la akak ada buku resepi, kuih2 yg besa buat mmg dh igt & kdg main agak2 je..Tp jarang plak x menjadi.

Resepi Pau Kukus ni akak dpt dr Aling Jelangkung . Member fb akak. TQ bebanyak Alin. Tp dia pn x igt dr siapa dia amik resepi tu. Apa pn TQ kepada empunya resepi. Anda tau siapa anda yg dimaksudkn..

Bahan2
500gm tepung gandum
1/2 paket yis 
100gm gula 
50gm minyak masak 
- akak guna 1/4 cwn marjerin cair
230gm air 
1 tsp bread improver - akak tambahkn sendri, xde dlm resepi asal

Bahan Lain - inti kacang merah, blueberry & strawberry filling, kari ayam ke.. ape2 la (akak guna inti yg ready made je. Beli kt kedai bakery)

Cara2
1. Masukkn tepung gandum, bread improver & yis dalam mangkuk. Gaul rata. Dalam bekas lain, larutkn gula dlm air. 

Campuran tepung gandum + bread improver + yis
Larutan gula
Marjerin cair


Tepung gandum + bread improver + yis

2. Tuang larutan gula sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk tepung sambil digaul perlahan guna hujung jari. Gaul hgga adunan menjadi butir2 kasar. Jgn tuang kesemua air dlu.. simpan ckit tuk digunakan nnt
Masukkn air sedikit demi sedikit

Gaul ngn hujung jari hgga dpt tekstur cam kat pic atas ni

3. Masukkn marjerin cair sedikit demi sedikit sambil digaul sebati. Pastu tambahkan air lebihan dr Langkah 2 td. Uli hgga mendapat adunan yg x melekat kt jari. Klau lembik sgt, bleh letak sedikit tepung gandum kt tapak tangan & teruskn menguli. Pastu uli lg dalam 4 - 5min. Rehatkn selama 15min
Masukkn marjerin cair

Uli lagi

Masukkn air lebihan dr Langkah 2

Adunan yg licin & x melekat kat jari. Uli lg selama 4 - 5min
Rehatkn selama 15min

4. Pas 15min, adunan akan kembang. Amik sedikit adunan & bulat2kan.. Ikut saiz yg dikehendaki. Pastu rehatkan lg 10min. Sementara nk tunggu 10min tu, amik inti & bulat2kn.. klau bleh la.. supaya senang nk masukkn dlam pau nnt
Adunan yg dh dibulat2kn - dpt la 21 biji 


Sediakan inti - bulat2kn je...

5. Selepas 10min, amik sebiji 'bola' & leperkan. Buh inti & 'seal'kn inti tu. Buat hgga habis. Pastu rehatkn 30minit..
Bola yg dh direhatkan

Leperkan sebiji bola

Masukkn inti

"Seal"kn inti

Ni la bahagian atas pau tu..

Buat hgga abis pastu rehatkan 30minit

6. Sementara nk tungu tu. blh la panaskan periuk kukusan. Kukus selama 8min. Jgn lebih tau sbb nnt kulit pau tu akan berkedut;. Klau x letak bread improver, kukus selama 10minit
Selepas 30minit

Kukus selama 8minit

Siap pn Pau Kukus Tradisional kita..

Selamat Mencuba....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...