Dengarlah

Friday, 22 November 2013

Kacang Pool.. (But Not The Ori 1? )

Assalamualaikum & salam sejahtera...

1st time makan Kacang Pool ni di umah jiran. Mmg sedap.

Sebelum ni mmg pnh dengar tentang Kacang Pool kat fb. Pastu mmber2 fb kata Kacang Pool ni popular kt JB & klau nk makan yg sedap dkt area Larkin kt Medan Selera dia.

Kacang Pool ni xde persamaan rasa langsung dengan Kacang Pool yg popular kt JB ye.. Tp rasa Kacang Pool ni x kurang sedapnya bg akak la. Lain org lain tunas rasanya. Klau nk try bleh la ye.


Sebelum bg resepi ni, akak nk bagitau sukatan yg akak beri tu sebenarnya main agak2 je.. sbb akak pn xde resepi sebenar.. so, akak main campak2 je la ye..


Resepi : Kacang Pool 
Sumber : resepi sendiri dh..

Bahan2 - dpt banyk ni..
120gm kacang kuda
120gm kacang merah -bentuk dia sama cam baked beans tu
- rebus hgga empuk. Bahagia 2 & setengahnya lenyekkan
1 tin (425gm) baked beans(kacang panggang)
1 inci halia - ketuk
200gm daging kisar @ daging cincang
1/3 cwn sos tomato
1/4 cwn sos cili 
2 sudu besar cili kering yg telah direbus & dikisar halus -klau nk pedas, tambahkan je
6 biji bawang merah kecil - tumbuk halus
4 ulas bawang putih - tumbuk halus
sedikit serbuk pati ayam
Gula & garam secukup rasa
air secukupnya

1 labu bawang besar merah - potong dadu kecik-kecil 
cili hijau -hiris nipis (akak x buh sbb xde)
limau kasturi
telur - goreng mata 
roti - ikut suka nk guna roti sandwich @ roti perancis 


Cara2
1. Masukkn daging kisar bersama air & halia ke dalam periuk. Masak hgga mendidih.

2. Masukkn cili boh, sos tomato, sos cili, bawang yg telah ditumbuk & kacang kuda. Masak hgga kacang kuda empuk

3. Masukkn kacang panggang@ baked beans & kacang merah yg telah direbus serta yg telah dilenyak. Kacau rata.

4. Masukkn gula, garam & serbuk pati ayam. Rasa ikut citarasa. Klau rasa x cukup sos, boleh je tambah. X cukup air pn bleh tambah. Kita buat dia... hehehe..

Biar mendidih & kuah agak pekat  bleh la tutup api

Cara Menghidang 
Masukkan Kacang Pool dlm mangkuk. 
Taburkan ngn cili hijau & bawang merah yg telah dipotong dadu 
Tambahkan telur mata

Boleh la hidang bersama roti.. makan panas2 lg sedap. Masa nk makan tu perahkan limau kasturi...
sedapppp....




2 comments:

  1. ushhh..lapoooooooooooooooooooooooooooo!!

    ReplyDelete
  2. kacang poooooool , haritu melepas nak makan

    Jom kita baca TIPS KULIT CANTIK

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...