Dengarlah

Friday 11 October 2013

Hello Kitty Cake

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Bertemu kembali. Minta maaf bnyk2 klau ada yg tertunggu entri drpd akak (ade ke?). Sejak keje full time ni, balik keja je dh letih. Dengan line yg slow sgt antara sbb akak tak dapat nak update selalu cam dulu..


Ok la.. kali ni kita sama-sama belajar macam mana nk buat kek bentuk Hello Kitty yg simple tp cukup tuk menceriakan ank-ank yg minat Hello Kitty. Klau beli kt luar pn harga dia boleh tahan gak.

Akak gunakan kek coklat moist untuk bentuk Hello Kitty & kek pelangi @ Rainbow Cake tuk bahagian bawah dia. Bukan apa, kena buat besar ckit sbb Izatti nk bawak kek ni gi sekolah & sambut ngn kawan-kawan dia. Kedua-dua resepi kek ni ada dlm blog ni gak. Search je kat atas tu ye..

Jom mulakan kelas kita ya..

Mula-mula, lukis @ fotostat gambar Hello Kitty di atas sekeping kertas. Pastu gunakan permanent marker & tekap gambar Hello Kitty tersebut. Nak fotostat terus atas plastik binding pn bleh gak. Lg senang. Then, gunting ikut bentuk Hello Kitty tersebut.

Letakkan plastik binding yg telah digunting tadi di atas kek coklat. Pastu gunakan pisau yg tajam untuk memotong kek tersebut mengikut bentuk Hello Kitty.
  
Abaikan lukisan Hello Kitty tu ye
Akak x gunting ikut yg telah dilukis sbb nk maksimumkan saiz kek tersebut

Dh potong ikut bentuk Hello Kitty

 
Selepas tu, amik seutas benang yg cukup panjang tuk belah kek kepada 3 bahagian. 
Potong @ belah kek guna benang
Tangan yg comel tu.. tangan Izatti la
Terpaksa guna khidmat dia sbb mami dia nk amik pic


Apabila dh belah tu, sapukan @ lepakan krim (masa ni guna cream cheese frosting + fc) pada setiap lapisan. Pastu, lepakan krim yg nipis di sekeliling & permukaan kek.

Pastu, masukkn nozzle 'closed star' ke dalam piping bag & masukkn krim cheese frosting ke dlm piping bag td. Then, bleh la paipkan krim di sekeliling & permukaan kek


Kek yg dh siap dipaipkan dengan krim menggunakan nozzle 'close star'

Selepas tu, amik sedikit krim & warnakan dengan warna hitam. Masukkn krim dlm piping bag & lukis riben, mata & misai Hello Kitty

Amik sedikit lg krim & warnakan dengan warna pink. Masukkn nozzle 'closed star' dlm piping bag then masukkn krim pink td. Paipkan kat bahagian riben td

Akhir sekali, warnakan sedikit krim dengan warna kuning & masukkn krim dlm piping bag @ plastik biasa. Akak guna plastik biasa je sbb sayang nk guna piping bag. Nk buh sikit je pn tuk mulut dia kot

Pastu, jd la Hello Kitty Cake yg simple ni

Apabila dh siap tu, masukkn dlm fridge dlu sementara menyiapkan bahagian bawah dia..

Bahagian bawah tu, akak cuma bubuh krim pada setiap lapisan kek & di sekeliling serta di permukaan atas kek. Selepas tu, akak potong bahagian tepi depan dia. Tu yg nampak lapisan pelangi tu

Selepas tu, kuarkan kek Hello Kitty tadi & letakkan terus di atas kek pelangi td. Masa buat ari tu akak just letak je & tak bubuh pn apa-apa sebagai penyokong kek supaya tak tergelincir. Tp syukur Alhamdulillah, kek teguh & tak goyang pn semasa di angkat


Gembira tak terkira Izatti apabila tengok kek dia ni. Tercapai jugak hajat dia nakkan kek Hello Kitty


Cara yang sama boleh digunakan untuk bentuk2 lain.. Contohnya cam ni
Ladybird



Semoga entri ni dapat menjadi panduan kepada beginners dlm bidang deko-deko kek ni. Yang pro tu, minta maaf  la ye. Sbb banyak sangat kekurangannya


6 comments:

  1. Assalamualaikum sis, nak tnye kat mna ye akk beli turning table tu? ade jual online tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... akak beli kat kedai bakery.. kt mydin pn ada alas yg seakan-akan turning table ni tp lbh kecil.. On9 x tau la plak

      Delete
  2. salam sis...nak tanya...bila letak kek hello kitty 2 atas kek pelangi x perlu letak apa-apa sokongan ker...mcm straw ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, masa buat ari tu mg x letak apa2 sokongan.. Alhamdulillah, masa angkat tu xde rasa nk tergelincir.. kukuh je

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...