Dengarlah

Thursday 20 December 2012

Strawberry Pancake a.k.a Lempeng Strawberi Cara Saya

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Pancake ni antara kuih (masuk kategori kuih la kan?) kegemaran Izatti. Selalu gak dia suh mami dia ni buatkan. Kali ni buat perisa strawberi. Rasa dia mmg sedap tau

Senang je nk buat lempeng ni. Senang & cepat. Lagi best skrg ni sbb dh ada Happy Call... hehehe.. sekali masak, masuk 2 keping. 

Resepi : Strawberry Pancake
Sumber : Nuri

Bahan2
2 cwn tepung gandum - ayak
2 tbsp susu pekat
1/2 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
2 tbsp filling strawberi
4 tbsp gula pasir
1 cwn + 2 tbsp susu segar perisa strawberi
1 tbsp air

Cara2
1. Masukkn semua bahan dlm mangkuk kecuali baking powder & soda bikarbonat & susu segar. Kacau rata

2. Bancuh baking powder & soda bikarbonat ngn 1 sudu besar air. Selepas itu, masukkn adunan baking powder + soda bikarbonat ke dalam mangkuk berisi campuran tepung td.

3. Masukkn susu segar & kacau sebati



4. Panaskn kuali x melekat & sapukan sedikit minyak @ butter. Tuang 1 senduk adunan & ratakan sedikit. X perlu nipiskan. Tutup kuali ngn apa2 penutup. Masa memasak ni, gunakan api plg perlahan. Apabila tepi bahagian atas dh agak kering, terbalikkan lempeng & tutup semula kuali. Masak hgga masak sepenuhnya

Guna Happy Call ni x yah buh minyak

Sedia tuk brekfas & tea time... sedap...    

  



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...