Dengarlah

Friday, 26 October 2012

Kuih Lapis

Assalamualaikum & salam sejahtera

Resepi : Kuih Lapis
Sumber : Kak Fida @ myresepi.com

Bahan2  (Loyang 8 x 8)
Bahan A
250gm gula pasir
200ml santan pekat brand KARA
250ml air
1 tsp garam
3 helai daun pandan - simpulkan
- Masak hgga gula larut & biar suam 

Bahan B
150gm tepung beras
150gm tepung ubi
20gm tepung pulut
300ml santan pekat KARA
150ml air
- Satukan & kacau sebati

Bahan Lain 

Pewarna ikut suka

Cara2
1. Satukan adunan Bahan A  & adunan Bahan B. Kacau sebati & tapiskan

2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian buh kaler hijau & satu lg biarkn dgn kaler ori dia

3. Tuang 1 cwn adunan kaler ori ke dlam loyang yg telah disapu ngn sedikit minyak. Kukus selama 5 - 6 minit. Pastikan kukusan dh dipanaskan terlebih dahulu & penutup kukusan dibalut ngn kain bersih. Klau x balut pn bleh tp kena rajin lap penutup tu supaya air x menitik atas permukaan kuih

4. Keluarkn loyang & tuang 1 cwn adunan kaler hijau & kukus lg selama 5 - 6 minit. Buat hgga adunan abis dikukus. Lapisan terakhir, kukus selama 20 minit



Biar kuih betul2 sejuk baru potong ngn pisau plastik. Kuih Lapis ni agak kenyal..   
 
   

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...