Dengarlah

Saturday, 1 September 2012

Kek Lapis Strawberi Berkeju

Assalamualaikum & salam sejahtera

Oleh kerana x sempat nk buat biskut raya, akak buat kek je la. Tak buat bnyk pn 3 biji je - Kek Lapis Strawberi Berkeju, Kek Coklat Moist & Kek Lapis Choco-Horlicks

Resepi ni dh lama sgt salin dlm kitab tp baru kali ni hajat nk membuatnya tercapai. Resepi akak amik dr rozzan.blogspot.com. Dia ni mmg rajin buat kek2 lapis & nampak sedap2 je..

Tp yg akak buat ari tu akak x guna sukatan penuh. Klau nk full resepi cara Rozzan, bleh la g blog dia ye



Resepi : Kek Lapis Strawberi Berkeju
Sumber : rozzan.blogspot.com

Bahan2
250gm butter, klau nk lg sedap guna pure butter cam SCS
250gm cream cheese - nk lg sedap guna brand Philadelphia     
1 tbsp ovalatte
100gm gula pasir halus @ gula kastor
6 biji telur Gred AA
4 biji kuning telur Gred AA
400gm susu pekat manis
170gm tepung kek @ tepung Hong Kong
100gm horlicks
2 tbsp sirap strawberi
1 tsp esen strawberi
sedikit pewarna merah

Cara2
1. Pukul cream cheese, butter & ovalatte hgga berkrim

2. Masukkn gula sedikit demi sedikt & pukul lg hgga kembang  


3. Masukkn telur sebiji demi sebiji & sambil terus pukul. Pukul sebati setiap kali sebiji telur dimasukkn

4. Perlahankn mixer & masukkn susu pekat. Pukul sebati

5. Perlahankn mixer & masukkn horlicks & tepung. Gaul rata. Nk pukul pn bleh cuma kena guna speed plg perlahan


6. Bahagikan kepada 2 bahagian - plain & 1 lg buh esen strawberi, sirap strawberi & pewarna merah


7. Amik 2 senduk adunan plain & tuang dlm loyang yg telah digris & dilapik ngn kertas pd dasarnya. Bakar selam 5 -6 minit pd suhu 170'C guna api atas bawah. Bakar hgga permukaan dia agak perang sedikit


8. Kuarkn loyang & tekan2 kek tuk kuarkn angin. Amik 2 senduk adunan strawberi & tuang atas kek plain td. Ratakan & bakar lg 5 - 6 minit tp kali ni guna api atas sahaja. Buat berselang-seli hgga adunan habis
 Akak guna penekan plastik ni tuk tekan kek

9. Lapisan terakhir bakar selama 30 minit guna api atas bawah pd suhu 160'C

Biar kek sejuk sepenuhnya baru potong    


      

    


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...