Dengarlah

Monday, 4 June 2012

Kek Kastad Keladi

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Ari ni nk share kek yg sedap bg akak la. Akak mmg suka makanan berasaskn keladi - aiskrim keladi, dadih keladi, keladi goreng... 


Resepi kek dia akak hasilkn sendiri tp resepi kastad akak amik resepi dr Noraslinda Bugal, member fb akak. TQ Noraslinda Bugal. Cuma yg akak buat ni terlembik sedikit, myb ikut jenis agar-agar gak kot. Tp yg x bestnya, hubby x brapa suka. Dia mmg x brapa suka keladi


Resepi : Kek Keladi 
Sumber : Nuri@http://bakery2embroidery.blogspot.com/

Bahan2
3/4 cwn gula pasir halus
2 tbsp susu pekat
3 biji telur Gred A - asingkan putih & kuning dia
2 tsp ovalatte 
1 1/2 cwn tepung gandum*
1 tsp baking powder*
1/2 cwn keladi - rebus @ kukus & lenyek dlm tapisan tuk dptkn keledek yg halus
1/3 cwn air
1/3 cwn marjerin cair
sedikit garam
perisa keladi
sedikit pewarna purple
- ayak bersama bahan2 bertanda *


Cara2
1. Satukan keladi lenyek ngn air, pewarna purple & perisa keladi. Kacau sebati. Ketepikan


2. Pukul kuning telur, gula, susu pekat & ovalatte hgga kembang. Warna dia akan bertukar pudar



3. Masukkn pes keladi dlm Langkah 1 td. Pukul sebati



4. Masukkn tepung & pukul lg hgga sebati. Ketepikan





5. Pukul putih telur hgga bertanduk (jd meringue)



6. Masukkn 1/3 meringue ke dlm adunan dlm Langkah 4. Kacau sebati guna spatula. Pastu masukkn lg 1/3 meringue & kacau lg. Akhir sekali, masukkn adunan dlm mangkuk meringue & kacau sebati




7. Tuang dlm loyang yg telah dilapik dasarnya ngn baking paper & disapu marjerin. Bahagian tepi loyang tidak perlu disapu ngn marjerin. 


8. Bakar selama 30 - 40minit pd suhu 160'C @ hgga masak. Apabila kek dh masak, keluarkn & terus telangkupkan di atas redai kira2 10minit.. pastu biar sejuk sedikit baru kuarkn dr loyang





Resepi : Puding Kastad Keladi
Sumber : Inspirasi drpd Kek Kastad Pandan  Noraslinda Bugal

Bahan2
1000ml santan
225gm gula pasir - sya kurangkn cikit
10gm agar-agar
100gm tepung hoen kwe
sedikit perisa keladi
sedikit pewarna purple

Cara2
1. Masukkn semua bahan dlm mangkuk & kacau sebati. Klau berketul2, tapiskn

2. Masukkn dlm periuk & masak cara double-boil hgga masak. Matikan api & biar kastad sejuk sikit baru lapiskn pd kek



Cara Melapis Kek
1. Belah kek yg dh sejuk kepada 3 bahagian mendatar.. akak belah guna benang je. Lg senang nk belah pas masukkn kek dlm fridge

2. Letakkn 1 bahagian kek atas cake board. Pastu tuang & ratakan puding kastad dia. Then, tindihkn lg 1 bahagian kek. Buh lapisan kastad. Buat hgga semua kek dh ditindihkan. Pastu, bleh la salut keseluruhan kek ngn Puding Kastad Keladi.

3. Biar
kek sejuk sepenuhnya baru dipotong. Gunakan pisau bergerigi tuk mendapatkn potongan yg cantik

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...