Dengarlah

Thursday, 9 February 2012

Talam Permata Keledek

Assalamualaikum & Salam sejahtera...




Dh lama tgk mmber fb post pic talam ni. Bila tgk pic tu, hati mmg terdetik, nk try gak buat tp baru 2 ari lepas dpt direalisasikan. Tu pn sbb tergoda lg ngn Talam Permata Keledek yg kak DJ buat.


Sedap gak Talam Permata Keledek ni.. peminat kuih talam bleh la mencuba resepi ni..



Resepi : Talam Permata Keledek
Oleh :
Yatie@Sinar Kehidupanku

Sumber : http://dayangjack.blogspot.com - TQ DJ sbb share resepi ni kt FB

Bahan2 Lapisan Bawah & Atas

1 1/2 cwn tepung gandum
3/4 cwn gula pasir kasar
- resepi asal guna 1 cwn gula
1 biji telur Gred A

1 cwn santan pekat

2 cwn air

secubit garam

pewarna merah/pink dan hijau
Perisa strawberi & pandan paste - optional


Cara2
1. Campurkan semua bahan. Kacau sebati & tapis ke dlm periuk. Masak hgga hingga naik wap. Angkat


2. Bahagi pada 2 bahagian dan warnakan, hijau + paste pandan & merah/pink + perisa strawberi


Bahan2 Lapisan Tengah 
2 cawan keledek oren yg telah didadu (rebus & toskan)
1 1/2 cwn tepung beras

1 cwn santan pekat

2 cwn air

2 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)

3/4 cwn gula pasir kasar - Resepi asal guna 1 cwn gula
- akak rasa manis lg.. bleh kurangkn lg
klau x suka manis cam akak ye..
sedikit garam

Cara2
1. Campurkan semua bahan kecuali keledek. Kacau sebati & tapiskan.Masak hgga naik wap
. Tutup api & angkat

2. Masukkan keledek rebus & kacau rata. Ketepikan



Cara2 Melapis Kuih


1. Alaskn loyang ngn plastik & sapukan ngn sedikit minyak masak.


2. Panaskan kukusan. Tuang adunan warna merah ke dalam loyang dan kukus selama 10 minit.


3. Cakarkn permukaan kuih & masukkan pula adunan lapisan tengah yg mengandungi keledek  tadi. Kukus selama 20 minit.

4. Tuang plak adunan hijau. Kukus lagi selama 25 minit guna api sederhana. Sebelum tuang lapisan hijau pastikan tiada air bertakung di permukaan kuih. Jika ada, sengetkn loyang & lapkn air tersebut guna tisu dapur. Buat ngn berhati-hati.  

Apabila dh masak, buka penutup kukus dan biarkan loyang talam dlm kukusan selama 5 minit dgn api yg belum ditutup supaya permukaan kuih kering

Sejukkn pd suhu bilik & biar btol2 sejuk baru potong guna pisau plastik



Cara Jimatkn Masa..

1. Rebus keledek dlu

2. Sediakan lapisan atas & bawah & panaskn periuk kukusan
3. Kukus Lapisan bawah. Sementara tgh kukus tu sediakn lapisan tgh dia

4. Bila lapisan bawah dh masak, terus tuang lapisan tgh..

 
Bleh la minum petang .. minum ngn secawan teh kurang manis...




Selamat Mencuba.... :)


4 comments:

  1. cantik la...senang tak buat nya?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    tq sudi mencuba kuih talam ni, cantik dan kemas je potongan kuih...rasanya awak tertinggal bahan tepung utk adunan lapisan atas dan bawah kat resepi di atas..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Yatie..

      TQ Yatie.. tp x terlawan ngn talam yg Yatie dh buat. Pasni, InsyaAllah nk try lg resepi2 dr Yatie. Minta halalkn dunia akhirat. Smoga Yatie bertambah murah rezki.. amiin..

      TQ gak sbb peka (mana x peka tuan punya resepi.. hehehe...)
      Sib baik la Yatie perasan, klau x.. jd ajaran sesat dh sya bg pd org lain..

      TQVM again..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...