Dengarlah

Wednesday 4 January 2012

Apam Tapai Ubi

Assalamualaikum & salam sejahtera..


Resepi ni akak amik dr food blogger dr Indonesia. Sedap gak apam ni. Lembut & cam rasa apam gula hangus pn ada.. (jiran akak igt guna gula hangus.. hehehe). Sbb sedap la jiran akak tu trus minta resepi petang hari yg sama akak buat apam ni


Resepi : Apam Tapai Ubi (lbh kurang 35-40biji)

Resepi asal : Fermented Cassava Cup Cakes (Steamed)
Sumber : maedapur.blogspot.com


Bahan2
200gm tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
- ayak bahan2 di atas dalam sebuah mangkuk 

125gm gula pasir
125gm gula merah
150ml air
- masak bahan2 di atas hgga mendidih & gula larut sepenuhnya.
- bila dh masak, angkat & tapiskan. Biarkn sejuk


1 biji telur Gred B
100ml minyak masak
100gm tapai ubi - lenyek hgga lumat

Cara2
1. Masukkan air gula dalam mangkuk tepung. Kacau sebati

2. Masukkn telur. Kacau sebati

3. Masukkn minyak & kacau sebati

4. Masukkn tapai ubi & kacau sebati

5. Rehatkn adunan selama 15minit.
 Adunan yg dh siap.. rehatkn 15 minit
 Selepas 15 minit

6. Sementara tu, panaskn periuk kukusan. Masukkn adunan ke dlam acuan. Tuang adunan hgga penuh ke dlam acuan. Akak gunakan acuan lompang & buh papercup dlm acuan tu. Pastu baru tuang adunan apam.

7. Kukus apam selama 15 - 20minit dengan api besar


Pastikan penutup kukusan dilapik ngn kain bersih & air dalam periuk kukusan dh mendidih, mula mengukus



 Dlm bnyk2 tu ada gak terselit yg x mekar..


K... selamat mencuba.. sedap tau... Ikut kata tuan punya resepi asal, tapai tu bleh ganti ngn bahan lain cam labu, keledek.. tp tepung kena tambahkan kepada 250gm..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...