Dengarlah

Sunday 8 May 2011

Sambal Goreng Ikan Bilis

Juadah ni resepi asal akak pn x tau dr sape? Lahir2 je kat dunia ni rasanya mak mmg dh slalu masak Sambal Goreng Ikan Bilis ni. Bila dh pndai masak sendiri, akak plak la yg jd chef kt umah tuk family. Juadah yg mmg sedap sgt2. Ank buah kata masakan special, padahal klau kt umah kt Sandakan, dh jd juadah besa je. Dh selalu makan. Senang je nak masaknya. Cuma bnyk kerja ckit sbb kena goreng 1 per 1 dlu..


Bahan2
1 mangkuk kecik ikan bilis- agak2 je la
3/4 cwn kacang tanah - klau rasa bnyk, kurangkn je la ye..
ubi kayu - pjg ubi kayu tu lbh kurang 7 inci, diameter pn 7"
1 peket tempe -  (paket yg segiempat tu rasanya 5"x4" saiz dia)
kicap manis - secukup rasa
gula - secukup rasa
Air asam jawa 
4 biji bawang merah kecik
2 ulas bawang putih
7 biji cili padi - nk lg berapi, lebihkan je cili padi
2 ulas bawang merah - hiris nipis


Cara2


1. Kupas ubi kayu, basuh & potong memanjang lbh kurang 2". Potong kecik2 je lbh kecil dr fries. Ketepikan


2. Potong tempe memanjang cam ubi kayu gk. Ketepikan


3. Panaskn sedikit minyak dlm kuali. Masukkn kacang tanah & goreng hgga masak tp jgn sampai hangus. Guna api kecik semasa menggoreng kacang tanah. Bila dh masak, angkat, toskn & ketepikan


4. Masukkn minyak yg banyak dlm kuali yg sama goreng kacang tanah td. Bila dh cukup panas, goreng ubi kayu hgga garing. Guna api yg sedang je. 


5. Sementara tggu ubi masak, tumbuk cili padi, letak secubit garam dlm lesung batu. Apabila biji cili padi dh halus, masukkn bawang merah & bawang putih. Tumbuk hgga halus & ketepikan... Jgn lupa kacau ubi kayu kt atas dapur tu. Kang hangit plak. Bila ubi kayu dh cukup garing, angkat & ketepikan


6. Masukkn terus tempe dalam kuali bekas goreng ubi kayu td. Goreng hgga garing. Tutup api, angkat & ketepikan


7. Amik kuali lain, letak minyak sedikit - agak2 dpt cover ikan bilis dh ler. Panaskn minyak & masukkn ikan bilis yg telah dicuci terlebih dahulu. Goreng hgga garing. Guna api kecik je. Bila dh garing, angkat & ketepikan


8. Buang sedikit minyak drpd kuali bekas goreng ikan bilis td. Buka api & masukkn bawang merah yg telah dihiris td. Biar hgga naik bau & agak layu. Masukkn bahan tumbuk. Tumis hgga pecah minyak. 


9. Masukkn kicap. Kacau sekejap. Masukkn sedikit air, gula & air asam jawa. Biar mendidih & kuah jd pekat & likat. Pastikan masak ngn api kecik. Kacau sentiasa masa kuah dh hampir kering. Bila dh cukup pekat & kering. Tutup api. Biar sejuk atas kuali. 


10. Bila dh sejuk, masukkn sume bahan2 yg telah digoreng td. Kacau sebati. Pastu, apa lg.. mkn la ngn nasi panas2.. mabelesss...


Nota : Masa tgh goreng ubi kayu tu... jgn lupa masak nasi... hehehe.... nnt kang sambal goreng dh siap, nasi x masak lg. Kang abis sambal goreng tu kena ratah je..




Selamat Mencuba....









2 comments:

  1. salam kak,
    sambal ikan bilis ni tahan lama x?
    hubby saya selalu masuk hutan..kalo thn lama boleh buat as bekal untk dia

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Putri..
    Yg ni x tahan lama.. tp klau Perencah Ikan Bilis tu tahan lama gak. Tu pn klau selalu dipanaskn..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...