Dengarlah

Sunday, 1 July 2012

Kek Kitar Semula Yang Sedap.. hehehe...

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Apa la nama N3 ni kan.. cam xde nama lain. Bkn pe, bila tulis kek coklat ke @ apa2 kek. Dh biasa sgt. Tulis camni senang nk cari.


Seperti nama N3 ni, Kek Kitar Semula, so... bahan2 dia mesti la ada yg kita kitar semula kn. Kt umah ni, kdg2 bila buat choc ganache, selalu je ada baki. Choc ganache tu plak dh lama dok bertapa dlm fridge. Sayang plak klau x digunakn. Kebetulan, ada 4 biji kuning telur pas buat Rainbow Cake ari tu. Kuning telur ni pn dh dkt 2 minggu dlm frige. Klau simpan lbh lama, mesti rosak gak kan?

Ada 3 menu yg akak listkn yg menggunakan kuning telur ni. Butter prawn, carrot cake & choc cake. Nk buat butter prawn, bhn x lengkap coz xde daun kari. Carrot cake plak kt umah ni org pandang sebelah mata je. So, pilihan paling tepat semestinya choc cake


Jom buat Kek Coklat Kitar Semula ni. Resepi masih lg berasaskn kek coklat moist cuma telah dimodified sikit. Kek ni sedap even makan camtu je. Lembut & mewah rasa coklat dia.

Resepi : Kek Coklat Kitar Semula
Sumber : Nuri @ http://bakery2embroidery.blogspot.com

Bahan2
Bahan A
1 cwn susu soya - akak guna susu soya sbb susu cair xde
1/2 cwn gula pasir
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn choc ganache 
3/4 cwn serbuk koko
3/4 cwn minyak masak
- Masak semua bahan di atas ngn api perlahan hgga sebati & pekat. Biar sejuk pd suhu bilik

Bahan B
4 biji kuning telur
1 biji telur (termasuk putih & kuning dia)
100gm coklat masakan gelap (dark cooking choc) - potong dadu kecik2
1 cwn tepung gandum
1 tsp soda bikarbonat *
1 tsp baking powder *
- ayak bersama bahan2 bertanda *


Cara2
1. Pukul kuning telur & sebiji telur tu hgga kembang. Warna adunan akan bertukar jd pucat




2. Masukkn adunan koko yg telah disejukkn td. Pukul sebati ngn kelajuan perlahan

Masukkn adunan coklat


pukul sebati


3. Masukkn tepung sedikit demi sedikit sambil terus pukul sebati ngn kelajuan perlahan
Masukkn tepung sedikit demi sedikit

Pukul sebati

Adunan kek yg dh siap


4. Tuang adunan dlm loyang 8" (akak buat cupcakes) yg telah digris & dilapik ngn baking paper. Taburkn ngn coklat masakan yg telah dipotong dadu kecik2
Masukkn adunan dlm loyang @ acuan cupcakes
Yg kaler kekuningan tu sbnrnya cheddar cheese.. kes nk abiskn gak
Cheddar cheese ni bleh skip



5. Kukus selama sejam @ hgga masak sepenuhnya ngn api sederhana. Pastikan air dlm kukusan dh menggelegak baru kukus kek ye. Klau x, takut kek tu jd bantat. Penutup kukusan hendaklah dibalut ngn kain bersih. Kek ni bleh gak dibakar.
Kek yg saiz besar tu - dikukus
Cupcakes - bakar


Bila dh masak, biar kek sejuk sedikit baru kuarkn dr loyang. Kek lg sedap dimakan selepas sehari. Buat malam. Esok pagi dh bleh makan


Pasni klau buat pavlova & Rainbow Cake & x tau nk buat apa ngn kuning telur tu, bleh la try resepi ni. Bahan2 A tu bleh je digantikan ngn resepi kek Coklat Moist
Bahagian dlm kek.. gebu, lembut & moist je

Rugi tau klau x try resepi ni... hehehe....

1 comment:

  1. salam gan ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya gan !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...