Dengarlah

Thursday, 7 June 2012

Kek Kukus Keju

Assalamualaikum & salam sejahtera


Resepi : Kek Keju Kukus
Sumber : yatiememories.blogspot.com

Bahan2
250gm tepung gandum
7 biji telur Gred A - asingkn putih & kuning (Akak guna 6 biji telur)
2 - 3 tbsp susu pekat - akak guna 6tbsp susu pekat
250gm gula pasir halus - bahagikn kepada 2 bahagian
- akak kurangkn ckit sbb dh lebihkan susu pekat
250gm mentega
250cream cheese
200ml whipping cream - akak guna heavy cream brand Paul's
Perisa & pewarna ikut suka - akak guna perisa strawberi & pewarna pink - yg ni klau rajin nk buat marble. Klau nk kosong je pn bleh..

Cara2
1. Panaskn kukusan & sediakn loyang 8". Griskn dasar loyang, lapik ngn baking paper & griskn sekali paper tu. Bahagian tepi loyang x perlu gris pn xpe

2. Pukul putih telur hgga berbuih. Then, masukkn 1/2 drpd gula sedikit demi sedikit. Pukul hgga kental & bertanduk. Sebaik je dh bertanduk tu, bleh la off kn mixer. Ketepikan

camni la dikatakan bertanduk

3. Dlm mangkuk lain, pukul cream cheese, susu pekat & mentega hgga gebu. Pastu masukkn baki gula td & pukul lg hgga sebati dlm 3 minit.



4. Masukkn kuning telur 1 per 1 sambil terus pukul. Pukul ngn kelajuan perlahan


5. Masukkn adunan meringue (Langkah 2) dlm adunan cheese (Langkah 4). Masukkn sedikit demi sedikit sambil terus pukul perlahan

6. Masukkn tepung & whipping cream  secara berselang-seli & pukul sebati
Masukkn tepung

Masukkn heavy cream/whipping cream

Adunan yg dh sebati

7. Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian - masukkn perisa strawberi & pewarna pink. 1 bahagian lg biar dlm adunan asal

8. Tuang setiap bahagian ke dlm loyang secara berselang - seli. Klau nk setiap bahagian tu sama je saiz dia, gunakan sukatan yg sama tuk menuang adunan dlm loyang.
Tuang 1 senduk adunan kaler ori d tgh2 loyang

Tuang plak 1 senduk adunan kaler pink kt tgh2 adunan kaler ori

Pastu tuang lg 1 senduk adunan kaler ori di tgh2 adunan kaler pink
Buat berulang-kali hgga kesemua adunan habis dimasukkn ke dlm loyang

9. Kukus selama 1 jam @ hgga masak. Akak kukus hgga masak, pastu bakar kejap pd suhu 150'C selama 10minit. Supaya bahagian bawah dia x terlalu lembap

Baru masuk dlm kukusan
 
dh masak. Kek akan naik membukit tp akan turun semula apabila dh sejuk 

kek yg lembut & moist sangat

Mesti tertanya2 kn nape kek ni nampak nipis je kn?
Sbnrnya kek ni akak dh belah mendatar kpd 3 bahagian
Kek ni sbnrnya tinggi ye




Nk rasa??? kena la try sndri ye.. klau malas, suh je org lain buat. Cuma perlu sediakn RM je... hehehe...

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...