Dengarlah

Monday, 27 February 2012

Seri Muka

Assalamualaikum & salam sejahtera



Kuih ni sebenarnya buat malam semalam. Dh lama nk try resepi Seri Muka ni tapi asyik tertangguh je. Resepi ni akak gabungkn resepi Seri Muka & Kuih Talam Tokyo. TQ to Yatie (for Talam Tokyo recipe) & Rohah (for Seri Muka recipe)


Resepi : Seri Muka
Sumber : Yatie @http://yatiememories.blogspot.com
& Rohah (Mesra Selera)@http://rohaisha.blogspot.com/



Lapisan Bawah
300gm beras pulut - cuci & rendam 3 jam pastu toskan
2 cwn santan sederhana pekat
1/2 tsp garam - akak lebihkn sikit

Cara2
1. Lapik loyang 8" x 8" ngn plastik & sapukan sedikit minyak

2. Gaul semua bahan hgga rata & masukkn dlm loyang td

Lapik loyang ngn palstik camni. Biar plastik berjuntai..
senang nk keluarkn kuih bila dh sejuk nnt

3. Kukus selama 30 minit dlm periuk kukusan yg telah dipanaskn terlebih dahulu

Sementara tunggu lapisan pulut masak, sediakan lapisan atas dia

Lapisan Atas
2 biji telur saiz besar
1/2 cwn gula - akak cuma guna 1/3 cwn gula. Klau yg suka manis, guna la 1/2 cwn ye
1/4 cwn tepung gandum
1/8 cwn tepung jagung
1/8 cwn tepung hong kwe
pewarna kuning & hijau
perisa pandan @ pandan paste

Cara2
1. Masukkn semua bahan kecuali pewarna & perisa ke dalam blender. Blend hgga sebati
ni dh siap blend dh..

2. Tapiskn & bahagi kepada dua bahagian - 1 bahagian buh kaler hijau + perisa pandan & 1 lg buh kaler kuning

3. Tuang adunan kaler kuning di atas permukaan lapisan bawah (pulut). Kukus selama 20 minit. Tp sebelum tu, tekan2 adunan pulut tu supaya lebih padat.
akak tekan guna spatula.. nk guna sudu/senduk pn bleh

tuang adunan kaler kuning

4. Tuang plak adunan kaler hijau & kukus lg selama 30 minit. Kena tuang perlahan-lahan supaya lapisan lapisan kuning td x rosak. Akak akn gunakn spatula/senduk masa menuang tu.

Caranya.. letakkn spatula dekat ngn permukaan lapisan kuning (tp x menyentuh lapisan kuning tu. Dlm pic kt bawah ni spatula menyentuh lapisan kuning sbb xde org nk tlg amik pic sementara akak nk tuang adunan tu) & tuang adunan kaler hijau di atas spatula perlahan-lahan. Biar adunan kaler hijau mengalir perlahan ke atas permukaan lapisan kuning...

 Cara tuang adunan supaya lapisan bawah x rosak


Bila dh masak, angkat & biar sejuk. 






Tips
1. Balut penutup kukusan ngn kain bersih - klau x balut, setiap 5 minit, buka penutup kukusan & lapkn air yg ada kt penutup tu

2. Sebelum menuang lapisan seterusnya, pastikan permukaan kuih kering (x basah sbb air yg menitik dr penutup kukusan).

3. Jika terdapat air dlm loyang (atas permukaan kuih), sengetkn loyang & guna sudu tuk keluarkan air tersebut. Pastu kukus lg dgn penutup kukusan dibuka. Biar kuih terdedah hgga air tersebut kering.

4. Gunakn pisau plastik (akak guna pisau plastik tuk potong kek tu) untuk memotong kuih.
Ni la pisau plastik yg akak guna.. beli kt kedai bakery RM1.20


5. Pastikan kuih btol2 dh sejuk baru dipotong supaya potongan kemas. Biasanya jenis2 kuih cam talam & lapis ni, akak buat malam. Sok pg baru potong. Pas masak tu, akak biar je pd suhu bilik. X yah buh dlm fridge



 Bekfes pg td...

4 comments:

  1. cantik lah kuih seri muka akak..
    bila potong pun jadi kemas je tepi2 dia..
    kalo saya buat mesti ada yg terlebih-lebih kat tepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Puteri...
      Myb puteri potong masa x btol2 sejuk kot. X pn sbb guna pisau biasa. Masa akak xde pisau plastik, akak guna pisau biasa tp balut ngn selotape dlu.. pastu baru guna tuk potong kuih lapis @ talam

      Delete
  2. asslm kak...
    cntik dan kemas akak buat kuih ni...
    sya suka juga makan kuih ni...tp yg bhgian atas tu...hehehe
    akak guna loyang saiz ape yek utk kuih ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaalaikumussalam Qasey..TQ..
      Akak guna loyang 8" x 8". Tp pulut tu bg akak tebal la. Lain kali nk kurangkn

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...