Assalamualaikum & salam sejahtera..
Bkn ikan je tau yg ada 3 rasa.. kek pn ada. Resepi kek ni akak amik dr fb Kek Lapis Sarawak. Kek ni hampir menepati citarasa akak.. sedap cuma masih terlalu manis walaupn akak dh kurangkn gula..
Resepi : Kek Lapis Masam Manis 3 Rasa
Sumber : Kek Lapis Sarawak
Bahan2 - Loyang 8 x 8
Bahan A
250gm gula pasir halus -akak guna 220gm tp still manis lg
450gm butter - akak guna 400gm je
30gm ovalatte
300gm susu pekat
Bahan B
10 biji telur Gred A - akak guna 9 biji telur Gred A
Bahan C
270gm tepung Hong Kong - akak guna 80gm tepung biskut marie + 200gm tepung superfine
Bahan D
Pewarna pink + esen strawberi
Pewarna kuning + esen vanila
Pewarna Hijau + pandan paste
Bahan E
Hawslices secukupnya
Cara2
1. Pukul Bahan A hgga kembang
2. Masukkn Bahan B satu per satu. Pukul sebati setiap kali telur dimasukkn sebelum memasukkn telur seterusnya
3. Masukkn tepung Hong Kong dan tepung biskut marie. Pukul sebati guna kelajuan perlahan
4. Bahagikan kepada 3 bahagian. Setiap 1 bahagian campurkan ngn Bahan D secara berasingan. Kacau sebati
5. Masukkn 8 sudu besar adunan kaler pink ke dlm loyang berukuran 8" x 8" @ 9"x 9". Ratakan & bakar selama 5 minit pd suhu 190'C guna api atas bawah
6. Keluarkan loyang & masukkn lg 8 sudu besar adunan kaler pink. Ratakan & bakar lg selama 5 minit @ hgga permukaannya agak perang. Kali ni guna api atas je. Guna api atas sahaja tuk lapisan seterusnya
7. Keluarkan loyang & susun hawslices di atasnya & tuang 8 adunan kaler pink lg & ratakan. Bakar hgga agak keperangan
8. Ulang Langkah 6 & 7 tuk lapisan seterusnya. Abiskan dahulu adunan kaler pink. Pastu tuang plak adunan kaler kuning & last sekali adunan kaler hijau.
Lapisan terakhir bakar selama 15 minit @ hgga kek masak sepenuhnya guna api atas bawah tp turunkan suhu kepada 160'C
Kalau nk setiap lapisan dia lg nipis, masukkn 7 sudu besar adunan
untuk setiap lapisan
No comments:
Post a Comment